Bantuan Sihat Selangor 2025
Permohonan untuk Bantuan Sihat Selangor 2025 kini dibuka pada 2 Januari 2025, 9:00 Pagi.
Kerajaan Negeri Selangor sangat prihatin tahap kesihatan rakyatnya sejak 2009 apabila memperkenalkan Bantuan Sihat Selangor sehingga ke hari ini.
Bantuan Sihat Selangor ini dapat membantu meringankan beban rakyat Negeri Selangor dalam menjalani rawatan serta kehidupan yang lebih sihat.
Cara Mohon Bantuan Sihat Selangor 2025
Syarat Kelayakan
Pemohon hendaklah menepati syarat-syarat berikut yang telah ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri
Permohonan bagi ubat-ubatan yang boleh didapati daripada hospital awam tidak akan dipertimbangkan
- Lahir di negeri Selangor atau bermastautin melebihi 10 tahun
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000.00
- Keutamaan kepada pemohon yang tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak
- Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai tanggungan ramai, ketua keluarga meninggal, ahli keluarga yang sakit atau golongan orang kurang upaya (OKU)
- Rawatan bagi katarak mata, kanser, pembedahan kecil dan lain-lain rawatan perubatan hanya dilaksanakan di hospital kerajaan sahaja
- Permohonan bantuan pembedahan kecil dan katarak mata perlu memohon sebulan lebih awal daripada tarikh pembedahan
- Tuntutan bayaran dan tunggakan ke atas sesuatu bil rawatan yang telah dibayar tidak dipertimbangkan
- Permohonan berkaitan kos perjalanan dan sumbangan kewangan tidak dipertimbangkan
- Penjawat awam dan keluarga pegawai seperti takrifan di dalam pekeliling perkhidmatan bilangan 21 tahun 2009 tidak dapat dipertimbangkan
- Setiap pemohon hanya dibernarkan membuat permohonan sekali sahaja pada setiap tahun
- Pemohon yang mendapat kelulusan peka B40 tidak akan dipertimbangkan
- Permohonan bagi ubat-ubatan yang boleh didapati daripada hospital awam tidak akan dipertimbangkan
Jenis-Jenis Bantuan Sihat Selangor 2025
Dialisis Buah Pinggang
- Bantuan kemudahan dialisis sehingga RM5,000
- Pemohon boleh mendapatkan rawatan dialisis di pusat-pusat hemodialisis di Hospital Kerajaan ataupun Swasta.
- Pembayaran secara “one-off” akan dibuat kepada pusat yang memberikan rawatan hemodialisis
- Keutamaan diluluskan kepada pesakit yang tidak mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana agensi
Katarak Mata
- Bantuan pembelian kanta & pembedahan katarak sehingga RM 1,200
- Kanta mata dibekalkan oleh hospital tempat pesakit menerima rawatan atau farmasi yang terpilih yang menawarkan harga pasaran terendah
- Pembayaran secara “one-off” akan dibuat kepada pihak hospital dan/atau kepada pusat yang membekalkan kanta mata
Pembedahan Kecil
- Bantuan kemudahan untuk pembedahan kecil sehingga RM 5,000
- Bantuan yang diberikan adalah merangkumi kos pembedahan ataupun pembelian peralatan ataupun kedua-duanya sekali yang dijalankan di Hospital Kerajaan sahaja.
- Pembayaran secara “one-off” akan dibuat kepada pihak hospital dan/atau kepada pihak pembekal sekiranya memerlukan pembelian peralatan
Prostetik (Kaki palsu)
- Bantuan dan kemudahan membeli kaki palsu sehingga RM 5,000
- Permohonan untuk pembelian peralatan ataupun kos rawatan pesakit. Membantu Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak mampu untuk membeli peralatan seperti kaki palsu yang disyorkan oleh Pakar Perubatan ataupun Doktor.
Lain-lain
- Bantuan dan kemudahan rawatan perubatan sehingga RM 5,000
- Bantuan peralatan dan juga lain-lain rawatan yang dilakukan di Hospital Kerajaan.
- Pembayaran secara “one-off” akan dibuat kepada pihak hospital yang merawat atau kepada pembekal peralatan
- Tibi
- Bantuan dan kemudahan rawatan penyakit tibi sehingga RM 800
- Temasuk dalam Program Insentif Rawatan Tibi Negeri Selangor
- Pesakit mendapat rawatan di hospital kerajaan/klinik kesihatan/pusat perubatan swasta di Negeri Selangor atau Institut Perubatan Respiratori
- Sedang menerima rawatan tibi secara aktif
Klik Pautan Ini Untuk Buat Permohonan : Klik Butang Daftar. Pendaftaran Pemohon Bantuan. Isi Nama, Emel Dan No Kad Pengenalan Pemohon
PERTANYAAN LANJUT
Jika ada sebarang pertanyaan atau memerlukan informasi tambahan mengenai program Bantuan Sihat Selangor, hubungi lanjut seperti di bawah:
- Telefon: 03-55447453 / 7628
- Email: sihatselangor@selangor.gov.my
- Alamat: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Tingkat 4, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi Pejabat:
Isnin hingga Khamis: 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Jumaat: 8:00 pagi – 12:15 tengah hari dan 2:45 petang – 5:00 petang
(Sabtu, Ahad: Tutup)
Baca Juga : Bantuan Awal Persekolahan 2025