Program Bantuan Isejahtera 2025

Kongsikan Artikel Ini

Program Bantuan Isejahtera 2025

Berita baik, Program Bantuan Isejahtera 2025 merupakan satu bantuan kewangan khas daripada Kerajaan negeri pulau pinang setahun sekali kepada warga emas, ibu Tunggal, suri rumah, OKU, anak emas serta bantuan untuk teksi & bas sekolah.

Apa Itu Program ISejahtera?

Program i-Sejahtera merupakan sumbangan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berbentuk kewangan secara setahun sekali kepada rakyat Pulau Pinang iaitu warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, suri rumah dan bayi berumur 2 tahun ke bawah.

Kelayakan Memohon Isejahtera

  1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia 
  2. Merupakan pengundi di Pulau Pinang (Kecuali bagi Program OKU)

JENIS PROGRAM BANTUAN ISEJAHTERA UNTUK DIMOHON

Terdapat 6 program bantuan yang terdapat dalam program bantuan iSejahtera.

  • Program Penghargaan Warga Emas
  • Bantuan Ibu Tunggal
  • Suri Emas
  • Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Anak Emas
  • Bantuan Teksi dan Bas Sekolah
PROGRAMSYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Penghargaan Warga Emas1.Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas pada tahun semasa mendaftar.
2.Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang
3.Klik untuk semakan daftar pemilih
Bantuan Ibu Tunggal1.Warganegara Malaysia.
2.Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
3.Bercerai atau kematian suami
4.Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar
5.Tidak berkahwin semula.
6.Mesti mempunyai sekurang-kurangnya SEORANG anak
Suri Emas1.Warganegara Malaysia.
2.Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. 
3.Pemohon merupakan suri rumah dan tiada pendapatan tetap.
4.Wanita masih berumahtangga.
5.Pemohon mestilah berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar
Bantuan OKU1.Warganegara Malaysia.
2.Menetap di Negeri Pulau Pinang.
3.Pemohon mestilah seorang OKU yang memegang kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seluruh negara tidak terhad kepada JKM Pulau Pinang sahaja)
Anak Emas1. Anak mestilah seorang warganegara Malaysia.
2. Pendaftaran perlu dilengkapkan sebelum anak berumur 2 tahun.
3. Salah seorang ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
Bantuan Teksi & Bas SekolahWarganegara Malaysia
Berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. 
Berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
Memiliki Kad Pemandu (Teksi/Kereta Sewa/Teksi Lapangan Terbang/Limosin/Teksi Mewah)
Menjalankan perkhidmatan teksi di Negeri Pulau Pinang sahaja
Berdaftar dengan PERKESO di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) 

CARA DAFTAR BANTUAN ISEJAHTERA 2025

Program i-Sejahtera boleh dimohon secara dalam talian (online) di portal i-Sejahtera. Sila klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan ikuti langkah-langkah seterusnya untuk permohonan.

1. Semak No Kad Pengenalan

2. Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan.

3. Log in Masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan.

4. Lengkapkan borang permohonan dan muatnaik dokumen-dokumen sokongan.

5. Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU).

Baca : BANTUAN RM300 SABAH

JUMLAH BANTUAN ISEJAHTERA 2025

ProgramJumlah BantuanKadar Pembayaran
Penghargaan Warga EmasRM200Bayaran Satu (1) kali Setahun
Bantuan Ibu TunggalRM100Bayaran Satu (1) kali Setahun
Suri EmasRM100Bayaran Satu (1) kali Setahun
Bantuan OKURM200Bayaran Satu (1) kali Setahun
Anak EmasRM200SECARA
“ONE-OFF”
Khairat KematianRM1,000SECARA
“ONE-OFF”

CARA PEMBAYARAN

1- Cash (Tunai)

2-Electronic Fund Transfer (EFT)

TARIKH PEMBAYARAN

Pembayaran Fasa 1/2025 bagi Program i-Sejahtera, iaitu Program Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan Ibu Tunggal, Program Suri Emas, dan Program Bantuan OKU akan dilaksanakan mulai 12 Mac 2025.

Permohonan yang dikemukakan selepas 10 Feb akan menerima bantuan pada Fasa 2/2025.

Bagi membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun.

Pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.

FAQ Sila Baca Di Sini

Leave a Comment