Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme

Kongsikan Artikel Ini

Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme

TUJUAN SUBSIDI DI BERI

Ia Bertujuan Mengurangkan beban ibu bapa yang mempunyai anak autisme untuk mendapatkan peluang pembelajaran di Pusat Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme yang bertauliah.

Permohonan kini di buka bermula 1 Februari 2025 sehingga 28 Februari 2025.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima peruntukan di Bawah Dasar Bajet 2025 – Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme kepada 30,000 kanak-Kanak.

Pemberian Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak ini bagi mengurangkan beban ibu bapa mempunyai anak Autisme yang akan dan Sedang megikuti pembelajaran di Pusat Pembelajaran Autisme/Terapi bertauliah.

Pusat Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme/Terapi bertauliah merupakan pusat yang menyediakan khidmat pembelajaran dan terapi Autisme oleh Pengendali yang mempunyai kepakaran dan Latihan bagi kanak-kanak Autisme.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

IBUBAPA/PENJAGA

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan Perkapita tidak melebihi RM2,000 isi rumah;
  • Kanak-kanak autisme pemegang kad OKU JKM yang berusia di bawah 18 tahun;
  • Kanak-kanak autisme mengikuti terapi Early Intervention Program (EIP) di Pusat Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme yang bertualiah.

PUSAT PEMBELAJARAN KANAK-KANAK AUTISME

  • Pusat Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme yang menjalankan Terapi Early Intervention Program (EIP) yang bertauliah.
  • Melaksanakan program pengesanan awal OKU Autisme dan mempunyai elemen terapi pembelajaran/percakapan dan intervensi autisme.

CARA MENGIRA PENDAPATAN PERKAPITA ISI RUMAH

Contoh:
Pendapatan isi rumah: RM8,500
Bilangan ahli keluarga: 5 orang
โžก RM8,500 รท 5 = RM1,700
โžก (Layak menerima subsidi)

JUMLAH BANTUAN

RM500 Secara One-Off

KAEDAH PERMOHONAN

1-Ibu bapa isi borang permohonan;
2-Hantar ke Pusat Pembelajaran Autisme yang menjalankan terapi Early Intervention Program (EIP) yang bertualiah
3-Pusat Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme isi borang, lengkapkan dokumen, dan hantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan/Cawangan berhampiran
4-Menunggu proses kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Borang Permohonan dan Garis Panduan boleh didapati melalui laman portal www.jkm.gov.my atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/Daerah/Bahagian/Jajahan yang berhampiran

Baca Juga : Program Bantuan I Sejahtera 2025

Untuk Pertanyaan Lanjut :

Untuk Pertanyaan lanjut mengenai Subsidi untuk Kanak-Kanak Autisme, ibu bapa kanak-kanak autisme boleh merujuk maklumat seperti di bawah.


โ˜Ž Hubungi: 03-8323 2484 / 03-8323 2476 (waktu pejabat)
๐Ÿ“ง Emel: bhg_oku@jkm.gov.my
๐ŸŒ Laman web: www.jkm.gov.my

Related posts:

Leave a Comment