Permohonan Bantuan Maik Online

Kongsikan Artikel Ini

Permohonan Bantuan Maik Online

Berikut kami kongsikan permohonan bantuan maik online khas untuk orang islam di kelantan.

Bantuan merangkumi aspek kebajikan, pendidikan dan pembangunan ekonomi untuk masyarakat.

MAIK menyediakan satu sistem online atau atas talian untuk memudahkan urusan bantuan yang disediakan.

Apa Itu Maik?

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan atau MAIK ditubuhkan pada 17 Safar 1334 bersamaan 24 Disember 1915 melalui satu perisytiharan oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke IV. Penubuhannya bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan.

Peranan MAIK

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menjalankan tanggungjawab ke atas perkara-perkara berikut:-

  • Kutipan dan Agihan Zakat
  • Baitulmal
  • Wakaf
  • Tanah Perkuburan Orang Islam
  • Pengurusan Maahad Tahfiz / Sekolah Pondok
  • Dakwah
  • Mengurus Rumah Anak Yatim Darul Aitam
  • Tauliah Mengajar
  • Khairat Kematian
  • Pungutan Derma
  • Saudara baru / Mualaf
  • Penerbitan Buku-buku
  • Memelihara Adat Istiadat Melayu Kelantan yang berlandaskan Islam
  • Perpustakaan Islam
  • Pentadbiran, penyelenggaraan dan imarah masjid-masjid dan surau-surau.

Permohonan Bantuan Maik Online

Terdapat 20 Bantuan yang di salurkan di bawah Maik :

Permohonan Umum

  • Bantuan Am
  • Bantuan Hari Raya
  • Bantuan Kepada Gharimin (Seseorang yang terpaksa berhutang untuk menampung keperluan asasnya.)
  • Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)
  • Bantuan Pembangunan Asnaf
  • Bantuan Pemulihan Rumah Kediaman
  • Bantuan Rawatan Perubatan
  • Bantuan Sewa Rumah
  • Bantuan Tetap Bulanan
  • Biasiswa Pendidikan Dalam Negara MAIK
  • Biasiswa Pendidikan Luar Negara MAIK
  • Biasiswa Profesional Perakuanan
  • Program Biasiswa Sultan Ismail Petra
  • Program Dermasiswa Sultan Ismail Petra
  • Sumbangan Melanjutkan Pengajian Ke IPT – Fisabilillah

Permohonan Melalui Institusi/Sekolah/Pejabat Tanah/Pegawai

  • Bantuan kepada Pelajar Sekolah Pondok dan Tahfiz
  • Bantuan Persekolahan
  • Bantuan Rawatan dan Perubatan (Projek Khas)
  • Bantuan Rumah Kediaman
  • Biasiswa Tengku Anis MAIK

Syarat yang lebih terperinci sila rujuk eagihan maik program bantuan

Portal Eagihan MAIK

Sila semak syarat khusus yang di tulis untuk setiap bantuan yang berlainan.

Cara Mohon Bantuan

Bantuan daripada Maik adalah daripada wang penyumbang zakat di negeri kelantan.

1- Sila pilih bantuan dan masukkan no kad pengenalan baru.

2- Paparan Syarat Kelayakan untuk setiap bantuan akan dipaparkan untuk panduan pemohon.

3- Tekan Semak Kelayakan

4- Sila isi maklumat dengan tepat di halaman seterusnya.

5- Klik SEMAK.

Baca Juga : Subsidi Yuran Kanak-Kanak Autisme

Leave a Comment