Bantuan Rm1000 Bayi Sarawak
Bagaimana nak dapatkan Bantuan RM1000 Bayi Sarawak? Kerajaan Negeri Sarawak telah memperkenalkan satu bantuan untuk bayi kelahiran Sarawak bermula tahun 2019.
Endowment Fund Sarawak (EFS) merupakan antara usaha Kerajaan Negeri Sarawak memberi satu bentuk simpanan amanah kepada setiap kelahiran anak Sarawak bermula pada tahun 2019, tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.
Tujuannya adalah membantu anak-anak Sarawak sebagai persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.
Apa Itu Bantuan Rm1000 Bayi Sarawak
Ia adalah program Endowment Fund Sarawak (EFS) merupakan pemberian RM1,000 dalam bentuk simpanan kepada setiap kelahiran anak Sarawak bermula 1 Januari 2019 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi. EFS hanya boleh dikeluarkan pada umur 18 tahun, sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.
OBJEKTIF
1. Membantu persediaan melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi.
2. Memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.
Syarat-Syarat Kelayakan:
- Warganegara Malaysia;
- Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak;
- Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa adalah pemegang MyKad Sarawak berstatus ‘K’; dan
- Permohonan boleh dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau sehingga tempoh satu (1) tahun selepas kelahiran.
Bagi kategori Anak Angkat:
a) Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat adalah pemegang MyKad Sarawak berstatus ‘K’; dan
b) Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah.
Cara Permohonan
Permohonan EFS boleh dibuat semasa pendaftaran kelahiran bayi di semua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak.
MULA
Permohonan EFS dibuat semasa pendaftaran kelahiran di semua Pejabat Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak.
JPN
JPN menghantar borang permohonan ke Bank Islam setiap bulan.
BANK ISLAM
Semakan Customer Due Diligence (Tempoh: 1 minggu).
Bank Islam menghantar senarai penerima ke KPWK (Tempoh: 2-3 minggu).
KPWK
Proses pembayaran kepada Bank Islam (Tempoh: 2-3 minggu).
BANK ISLAM
Pembayaran ke akaun individu penerima EFS (Tempoh: 1-2 minggu).
TAMAT
Pemohon menerima notifikasi daripada Bank Islam melalui SMS.
Nota:
- Tempoh permohonan adalah sehingga 1 tahun daripada tarikh kelahiran bayi.
- Borang permohonan yang lengkap hanya boleh diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak.
- Pengeluaran EFS hanya boleh dibuat apabila kanak-kanak mencapai umur 18 tahun.
- Jika berlaku kematian, waris boleh mengeluarkan EFS untuk pengurusan jenazah dengan mengemukakan sijil kematian yang sah.
BORANG BOLEH DIDAPATI DI:
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak.
- Atau muat turun borang melalui pautan:
https://linktr.ee/bibefs
Dokumen wajib disertakan:
Salinan sijil lahir bayi yang telah disahkan oleh pegawai JPN.
Borang permohonan EFS yang diisi lengkap;
Salinan MyKad ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN; dan
Baca Juga : BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK
Alamat dan Maklumat Lanjut:
Tingkat 8, Bangunan Baitulmakmur 2, Petra Jaya, 93050, Kuching, Sarawak
Laman web: http://kpwk.sarawak.gov.my
Emel: efs@sarawak.gov.my
Telefon: 014-688 1398