Bantuan Ibu Bersalin Sarawak
Ini adalah cara dapatkan bantuan ibu sarawak untuk tahun 2025.
Bantuan Ibu Bersalin Sarawak
YAB Premier Sarawak, dalam Ucapan Belanjawan 2020, telah mengumumkan pemberian Bantuan Ibu Bersalin (BIB) berjumlah RM450.00 dalam bentuk tunai kepada setiap ibu yang baru melahirkan anak bermula 1 Januari 2020.
OBJEKTIF:
- Meringankan beban dari segi kewangan bagi pengurusan selepas melahirkan anak.
- Membantu dari segi pembelian barang keperluan ibu selepas melahirkan anak seperti pemakanan sihat, penjagaan diri semasa berpantang, dan sebagainya.
SYARAT KELAYAKAN:
- Warganegara Malaysia.
- Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak.
- Ibu adalah pemegang MyKAD Sarawak yang berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang MyKAD Sarawak yang berstatus ‘K’.
- Permohonan boleh dibuat bermula pada usia kandungan 22 minggu sehingga tempoh 3 bulan selepas bersalin.
Cara Buat Permohonan
Berikut adalah cara buat permohonan bantuan ibu bersalin sarawak
Permohonan secara manual juga boleh dibuat dengan mendapatkan Borang Permohonan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian atau Daerah Negeri Sarawak / di Pejabat Daerah Negeri Sarawak.
Borang yang lengkap diisi mestilah dihantar semula ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat / Pejabat Residen / Pejabat Daerah / Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, KWKPK bersama-sama dokumen sokongan.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda melakukan permohonan secara dalam talian, segala dokumen sokongan hanya perlu dilampirkan sekali ketika mengisi borang secara dalam talian.
Permohonan Secara Online
1-Isi Permohonan Melalui iSarawakCare
2-KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KANAK-KANAK DAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI (KPWK) Terima Permohonan
3-Semakan KPWK selama 7-14 hari waktu bekerja
4-Jika permohonan tidak lengkap, anda perlu menghantar semula dokumen baru
Dokumen Yang Di Perlukan
- Salinan kad pengenalan atau pasport ibu.
- Salinan kad pengenalan atau pasport pasangan / penjaga.
- Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan berstatus “K”.
- Salinan muka hadapan buku rekod kesihatan ibu.
- Salinan penyata akaun bank terkini (wajib ada nama bank, nama ibu mengikut kad pengenalan dan nombor akaun).
- Salinan nota discaj atau sijil lahir bayi atau surat pengesahan mengandung 22 minggu dan ke atas daripada pegawai perubatan.
Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Persekutuan atau Negeri (Kumpulan A Gred 41 dan ke atas) atau Ketua Kaum atau Ketua Masyarakat.
Borang Boleh Di Dapati
- Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Atau Daerah Negeri Sarawak
- Pejabat Daerah Negeri Sarawak
Baca : Bantuan Awal Persekolahan 2025
Maklumat Lanjut
Tingkat 8, Bangunan Baitulmakmur 2, Petra Jaya, 93050, Kuching, Sarawak.
Laman web: http://kpwk.sarawak.gov.my
Emel: bib@sarawak.gov.my
Telefon: 014-688 1398