Bantuan Wang Ihsan Banjir

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan Wang Ihsan Banjir

Bagaimana nak dapatkan bantuan wang ihsan banjir RM1000 jika rumah anda terjejas dengan banjir di musim tengkujuh?

Jom Ikuti Langkah Yang Akan Kami Kongsikan Seperti Berikut :

Bantuan Wang Ihsan Banjir

Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas dengan banjir ketika Monsun Timur Laut (MTL) atau terkesan dengan lain-lain bencana yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia dan memiliki kad pengenalan diri (MyKad) yang sah.
  • Hanya diberikan kepda setiap Ketua Isi Rumah (KIR) warganegara Malaysia sahaja.
  • Setiap permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir.
  • Hanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat bantuan tanpa mengira isi rumah/keluarga.
  • Kelayakan BWI Bencana Banjir adalah tertakluk kepada pengesahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN)

Penyewa Rumah Yang Terkesan Banjir Layak Memohon Bantuan. Hanya 1 Ketua Isi Rumah Sahaja.
Tuan Rumah Tidak Layak Memohon Jika Penyewa Sudah Memohon

Jumlah Yang Layak

Jika 2 Keluarga dalam satu rumah yang sama, Jumlah yang Layak Tetap RM1,000 Sahaja.

Dokumen Yang DI Perlukan

  • Mereka yang mendaftar ke PPS (dengan kad pengenalan) tidak perlu membuat permohonan. Permohonan mereka akan terus diuruskan oleh pihak JKM.
  • Mereka yang mendaftar ke PPS (tanpa kad pengenalan) perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.
  • Mereka yang tidak berpindah ke PPS, perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat (JPKK/Ketua Komuniti/Pegawai Daerah – Rujuk Soalan 1).

Cara Buat Permohonan Bantuan Wang Ihsan Banjir

Permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Daerah masing-masing dan bantuan ini hanya diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.

Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), KIR (warganegara Malaysia sahaja) boleh mendaftar nama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagi yang tidak berpindah ke PPS, permohonan boleh dibuat melalui JPKK / Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing.

Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

Untuk makluman, tidak ada sebarang permohonan online. Permohonan diuruskan oleh daerah dan negeri lokasi di mana KIR yang terkesan bencana berada.

Download Borang Di Sini

Lihat Gambar Di Bawah untuk info lanjut

Leave a Comment