Bantuan Awal Persekolahan 2025
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025 tetap di teruskan dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM800 juta.
BAP akan memberi manfaat kepada 5.2 juta orang murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5.
Bantuan ini dapat mengurangkan beban ibu bapa dalam persiapan sesi persekolahan baharu pada tahun hadapan.
Apa Maksud Bantuan Awal Persekolahan 2025
Bantuan Awal Persekolahan merupakan bantuan tunai secara one off yang diberikan pada awal tahun bagi mengurangkan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan keperluan persekolahan murid.
Ini disediakan tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
Berapa Bantuan Awal Persekolahan 2025?
Jumlah : RM150.00 Sekali Untuk Setahun
Baca Juga : Permohonan Matrikulasi 2025/26
Siapa yang layak dapat bantuan awal persekolahan?
- Murid warganegara Malaysia :
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2025/2026; atau
- Murid Tahun dan Tahun 2 di Kolej Vokasional; atau
- Murid di SBJK yang berusia di antara 4 tahun sehingga 19 tahun; atau
- Murid di SI dan SHG yang berusia di antara 14 tahun sehingga 21 tahun; atau
- Murid bersekolah di :
- Sekolah Kerajaan (SK)
- Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
- Sekolah Agama
- Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM tidak termasuk sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat
- Kolej PERMATA
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
- Sekolah Integriti
- Sekolah Henry Gurney
- Maktab Rendah Sains MARA, dan;
- Maktab Tentera Diraja
KAEDAH PENYALURAN
Peruntukan BAP disalurkan ke sekolah dan pihak sekolah membuat agihan kepada murid secara kredit ke dalam akaun murid atau tunai.
Tarikh Penyaluran
Secara berperingkat bermula Januari 2025
Tempoh agihan bagi murid Tahun 1 sesi perseklahan 2025/2026 ialah 30 hari dari tarikh sesi persekolahan bermula.
Borang Bantuan Awal Persekolahan
Semua murid layak mendapat bantuan awal persekolahan ini. Tidak perlu mendapatkan borang.
Hubungi Talian
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia : https://www.moe.gov.my/
Talian Kementerian Pendidikan Malaysia : 03-8000 8000
e-Mel : 80008000@mygcc.gov.my
Penafian
Iportal.MY hanya menyalurkan maklumat rasmi daripada portal rasmi kerajaan sahaja. Sila rujuk Belanjawan 2025 untuk mengetahui maklumat lanjut