Bantuan Perkahwinan Kelantan RM1000

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan Perkahwinan Kelantan RM1000

Bantuan perkahwinan kelantan RM1000 untuk muda Orang Kelantan yang belum tahu, kerajaan negeri kelantan telah sediakan bantuan kewangan untuk menggalakkan perkahwinan pertama kali.

SKIM GERBANG AZ-ZIWAAJ

Skim Gerbang Az-Ziwaaj dilancarkan pada 16 Februari 2011 adalah satu skim/saguhati berupa wang tunai RM 1,000.00 diberikan kepada pasangan pengantin baharu yang berkelayakan.

JUMLAH PENERIMA SKIM GERBANG AZ-ZIWAAJ BAGI TAHUN 2011-2022
26,182 Pasangan Pengantin bersamaan sumbangan berjumlah RM 26.1 JUTA

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3 juta bagi skim ini setiap tahun.

Bantuan Perkahwinan Kelantan RM1000

Syarat

  • Pemohon : Hanya pemohon lelaki dibenarkan untuk membuat permohonan Skim Az-Ziwaaj
  • Tempat Lahir : Dilahirkan di Kelantan (no. kad pengenalan bermula 03 @ 29), atau dapat membuktikan telah bermastautin di Kelantan melebihi 15 tahun.
  • Perkahwinan Pertama : Lulus untuk perkahwinan pertama sahaja.
  • Warganegara : Hanya warganegara Malaysia dibenarkan untuk membuat permohonan
  • Kategori Pemohon : Pemohon mestilah tergolong dalam kategori miskin dan perlu dibantu.
  • Pendapatan Bulanan : Pendapatan bulanan pemohon mestilah tidak melebihi RM2000.00 sebulan.
  • Tempoh Permohonan : Permohonan mestilah sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh perkahwinan. Permohonan yang lewat diterima tidak akan diproses.

Dokumen
Permohonan mestilah disertakan bersama sijil-sijil dan dokumen disahkan iaitu

  • Salinan Borang Permohonan
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Surat Beranak/ Sijil Kelahiran
  • Salinan Sijil Kursus Perkahwinan/ Surat Pengecualian Kursus Perkahwinan
  • Salinan Borang Pemeriksaan Kesihatan (HIV)
  • Salinan Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin (Borang 1)
  • Salinan Slip Gaji/ Pengesahan Pendapatan oleh penghulu mukim/ penggawa
  • Gambar Berukuran Passport dan Salinan Pengesahan No. Akaun/ Penyata Akaun Bank

Cara Memohon

1- Klik pada pautan eazziwaaj.kelantan.gov dan klik daftar sekarang https://eazziwaaj.kelantan.gov.my/register

2- Isi Nama, No Kad Pengenalan, No Telefon Bimbit, Alamat Emel, Kata Laluan, Tandakan Im Not A Robot dan Tekan Butang DAFTAR & Selesai

3- Muat turun borang, cetak borang dan dapatkan pengesahan dengan penghulu mukim/penggawa.

4- Muat naik borang yang telah disahkan dan dokumen yang diminta.

5- Sahkan semua maklumat yang diisi dan dokumen yang telah dimuat naik, dan akui kebenaran maklumat.

6- Tekan ‘Hantar Permohonan’ untuk menghantar permohonan anda.

Pertanyaan

Terus Hubungi

Alamat
Urusetia Belia dan Sukan (U-BeS)
Blok 7, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu, Kelantan.

Telefon
Tel 09-7434477
Faks 09-7434476

Emel
u-bes@kelantan.gov.my

Baca Juga : Bantuan Wang Ihsan Banjir

Leave a Comment