Permohonan Pengawas Peperiksaan SPM
Permohonan Pengawas Peperiksaan SPM kini di buka. Untuk orang awam yang berminat bertugas sebagai sukarelawan peperiksaan SPM ini peluang anda.
Untuk yang berumur 18 tahun sehingga 65 tahun boleh cuba untuk memohon menjadi pengawas peperiksaan SPM 2024/2025.
Peperiksaan Bertulis SPM
Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan peperiksaan bertulis SPM mulai Disember 2024 hingga Februari 2025.
Sehubungan itu, LP melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) membuka tawaran permohonan kepada orang awam yang berminat untuk bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan berdasarkan kriteria berikut:
- Prinsip : Tawaran ini adalah berdasarkan prinsip sukarelawan;
- Elaun : Elaun dibayar berdasarkan jumlah hari bertugas dengan kadar bayaran semasa bagi bukan penjawat awam;
- Tugas : Bertugas sebagai pengawas peperiksaan sahaja
- Lantikan : Lantikan adalah tertakluk kepada kekosongan dan syarat yang ditetapkan
Tawaran Sukarelawan Sebagai Pengawas Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024

Kategori Pemohon
- Pesara Kerajaan (Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
- Pelajar Institus Pengajian Tinggi Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta, Institut Pendidikan Guru, Lepasan Asasi / Matrikulasi
- Guru Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri / Sekolah Swasta / Maktab Rendah Sains MARA
- Anggota Kumpulan Pelaksana / Pekerja Kontrak Kerajaan
- Kakitangan bukan kerajaan / pesara kerajaan / pesara swasta
Syarat Permohonan
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun;
- Sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik;
- Bebas dari sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah;
- Dalam daerah yang sama (tidak lebih 25km sehala); dan
- Mempunyai pengangkutan sendiri;
Tugas Pengawas SPM
- Senarai tugas yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut :
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan mengawas perjalanan peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan;
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan untuk mengedar kertas peperiksaan dan atau apa-apa bahan peperiksaan berdasarkan keperluan semasa;
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan memungut kertas peperiksaan, skrip jawapan peperiksaan, kertas jawapan objektif dan atau apa-apa bahan peperiksaan;
- Mengawas calon peperiksaan untuk ke tandas dan masuk semula ke dewan atau bilik peperiksaan;
- Mengawas calon peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan sepanjang masa peperiksaan berlangsung, dan
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan berdasarkan arahan dari semasa ke semasa yang telah ditetapkan oleh LP.
Cara Memohon Pengawas Peperiksaan SPM 2024
- Permohonan adalah melalui website rasmi berikut Lembaga Peperiksaan https://elp.moe.gov.my/auth/login
- Permohon yang berjaya akan di senarai pendek dan akan di panggil di pejabat pendidikan daerah.
- Daftar sebagai pengguna terlebih dahulu
- Pilih ikon ‘Sukarelawan’ yang tertera di laman utama
- Isi Maklumat Diri
Pemohon yang berjaya akan dihubungi dan dikehendaki menjawab surat tawaran dalam tempoh yang ditetapkan;
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan
Segala perbelanjaan berkaitan dengan permohonan ini adalah ditanggung sendiri oleh pemohon.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut tentang permohonan Pengawas Peperiksaan SPM 2024, sila rujuk saluran berikut:
Laman web rasmi e-Lembaga Peperiksaan Malaysia : https://elp.moe.gov.my/home/main
Boleh saya tahu bila kan tarikh pembukaan untuk permohonan pengawas SPM bagi tahun 2025 ? terima kasih