Permohonan STR 2025 : Panduan Permohonan STR Sumbangan Tunai Rahmah Pertama Kali
Pemohon yang kali pertama boleh cuba memohon Sumbangan Tunai Rahmah buat kali pertama yang di buka sehingga 30 November 2024.
Kepada yang belum kemas kini 3 tahun berturut-turut perlu kemas kini permohonan STR 2025.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah satu bentuk bantuan kewangan kerajaaan kepada golongan yang memerlukan untuk membantu rakyat dalam mendepani cabaran ekonomi dan membantu meringankan beban rakyat dengan peningkatan kos sara hidup masing masing.
Dokumen Yang Di Perlukan Untuk Memohon STR 2025
1-Bagi Pemohon Tunggal
- Salinan sijil perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); atau
- Salinan sijil kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Sijil perceraian (salinan asal dan salinan yang disahkan) dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/JPN; atau
- Salinan Surat Perintah Nisi/Nisi Penamatan yang dikeluarkan oleh Mahkamah; atau
- Salinan kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19 hingga 20 tahun pada tahun 2025.
2-Bagi Pasangan
- Salinan Pasport, Visa, UNHCR, atau pas sempadan.
3-Bagi Kanak-kanak
- Salinan MyKad/MyKid.
- Salinan Sijil Kelahiran atau Sijil Pendaftaran Anak Angkat.
Baca Juga : Cuti Sekolah Tahun 2025
Cara Memohon STR 2025
Berikut adalah cara memohon STR 2025, ikuti langkah-langkah di bawah menerusi portal rasmi STR
Langkah 1: Layari portal rasmi STR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my
Langkah 2: Daftar akaun baharu atau log masuk jika anda telah mempunyai akaun. Jika anda pemohon baru, klik pada “Permohonan Baharu STR” dan isikan maklumat yang diminta.
Langkah 3: Muat naik dokumen yang diperlukan seperti yang dinyatakan sebelum ini.
Langkah 4: Setelah semua maklumat diisi dan dokumen dimuat naik, hantar permohonan anda.
Donwload Di Sini : Panduan Pengguna STR Permohonan Baharu
PANduan STR 2025 Secara Manual
Anda boleh terus mengisi borang permohonan STR (BK-01) yang boleh diperoleh dari portal STR rasmi, pejabat LHDN, pejabat satelit LHDN, atau Pusat Transformasi Bandar (UTC). Sila bawa sekali dokumen sokongan yang di perlukan untuk mengisi borang permohonan secara manual.
Download Di Sini : Borang Permohonan STR (BK-01
Sila Rujuk
Nombor untuk Dihubungi
Portal Rasmi STR LHDNM: Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan.
Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747.
Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566.
Alamat Kementerian Kewangan: Presint 2, 62592 Putrajaya