Permohonan Prasekolah JAIS 2026: Panduan Lengkap Ibu Bapa

Kongsikan Artikel Ini

Permohonan Prasekolah JAIS 2026: Panduan Lengkap Ibu Bapa

Setiap ibu bapa pastinya mahu memberikan pendidikan awal terbaik kepada anak-anak mereka. Salah satu pilihan yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat Islam di Selangor ialah Permohonan Prasekolah JAIS 2026(Jabatan Agama Islam Selangor). Dengan gabungan kurikulum akademik dan pendidikan Islam, prasekolah ini menjadi pilihan utama untuk permulaan pendidikan anak-anak.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan maklumat penting dan terkini berkaitan permohonan kemasukan Prasekolah JAIS, syarat-syarat kelayakan, proses permohonan dan tarikh penting yang perlu anda ambil tahu.

Apa Itu Prasekolah JAIS?

Prasekolah JAIS ialah institusi pendidikan awal yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor. Ia menyediakan pendidikan asas kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun dengan penekanan kepada pembelajaran Islam, akhlak, dan nilai murni, di samping asas literasi dan numerasi mengikut keperluan arus perdana.

Kelebihan Prasekolah JAIS

  1. Pendidikan Berteraskan Islam
    Modul pendidikan merangkumi asas fardu ain, bacaan al-Quran, doa-doa harian dan adab Islam.
  2. Tenaga Pengajar Terlatih
    Guru-guru yang dilantik oleh JAIS mempunyai latar belakang pendidikan Islam dan latihan pengajaran awal kanak-kanak.
  3. Yuran Mampu Milik
    Dibandingkan dengan prasekolah swasta, yuran bulanan lebih rendah dan berpatutan untuk semua lapisan masyarakat.
  4. Persekitaran Selamat dan Selesa
    Prasekolah biasanya ditempatkan di kawasan masjid, surau, atau premis khas yang selamat dan terjaga.

Cara Permohonan PRASEKOLAH JAIS 2026

Permohonan biasanya dibuat secara atas talian (online) melalui laman sesawang rasmi JAIS . Langkah umum permohonan adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web JAIS: https://sekolah.jais.gov.my/prasekolah
  2. Daftar Akaun Baharu Terlebih Dahulu
  3. Log Akaun Selepas Itu Untuk Mendaftar
  4. Isi Borang Permohonan Dengan Lengkap
  5. Muat naik dokumen yang diperlukan seperti salinan MyKid, sijil lahir, bil utiliti dan gambar pasport
  6. Hantar permohonan dan cetak slip pengesahan

SILA KEMUKAKAN DOKUMEN YANG TELAH LENGKAP KE PEJABAT SEKOLAH YANG DIMOHON SELEPAS MENDAFTAR DALAM TALIAN (ONLINE).

Kelayakan Kanak-Kanak

1-KANAK-KANAK:
2-WARGANEGARA DAN BERAGAMA ISLAM
LAHIR :

  • 2 JANUARI 2021 HINGGA 1 JANUARI 2022 (5 TAHUN)
  • 2 JANUARI 2020 HINGGA 1 JANUARI 2021 (6 TAHUN)

Dokumen Yang Diperlukan

Pastikan anda menyediakan dokumen berikut sebelum membuat permohonan:

  • Salinan Sijil Kelahiran anak
  • Salinan MyKad ibu bapa / penjaga
  • Salinan bil utiliti sebagai bukti alamat
  • Gambar berukuran pasport
  • Salinan kad OKU (jika berkenaan)

Tarikh Penting

  • Permohonan kemasukan ke Prasekolah JAIS 2026 telah dibuka bermula 𝟮 𝗠𝗲𝗶 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟯𝟭 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱.

Penutup

Memilih Prasekolah JAIS sebagai permulaan pendidikan anak adalah satu langkah bijak bagi ibu bapa yang mementingkan keseimbangan antara duniawi dan ukhrawi. Permohonan kemasukan juga kini semakin mudah dengan sistem dalam talian yang mesra pengguna.

Jangan lepaskan peluang untuk daftarkan anak anda ke institusi yang membentuk sahsiah mulia sejak awal usia!

Baca : Biasiswa Prime Yayasan TNB

Leave a Comment