Bantuan Laptop Johor 2025 – Peluang Emas untuk Mahasiswa
Bantuan Laptop Siswa Johor 2025 kembali lagi dengan tawaran istimewa buat anak-anak Johor yang bakal memulakan pengajian tinggi! Inisiatif prihatin ini bertujuan untuk menyokong pelajar baharu Tahun 1 (Semester 1) dari golongan B40 yang melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf.
Siapa yang Layak Mohon?
Bantuan ini terbuka kepada pelajar yang memenuhi syarat berikut:
- Anak kelahiran Johor atau menetap di Johor sekurang-kurangnya 5 tahun
- Berstatus kategori B40
- Telah diterima masuk ke pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda
- Pelajar Tahun 1 (Semester 1) bagi pengambilan tahun 2025
- Menyambung pengajian di IPTA atau IPTS yang diiktiraf MQA
Rujukan IPTA Lihat Sini
https://www2.mqa.gov.my/mqr/akrbyipta.cfm
Rujukan IPTS Lihat Sini
https://www2.mqa.gov.my/mqr/akrbyipts.cfm
Cara Permohonan
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui imbasan kod QR yang disediakan pada poster rasmi atau dengan mengunjungi laman web rasmi:
Terus Mohon Di Sini
https://bantuan-ypj.com/mohon_komputer.php
Permohonan Komputer Riba
1-Nama Penuh
2-No Kad Pengenalan
3-Jantina
4-Tarikh Lahir
5-Bangsa
6-Emel
7-No Telefon Pelajar
8-No Telefon Penjaga
9-Status Keluarga
10-Alamat
11-Negeri
12-Daerah
13-Poskod
14-Parlimen
15-Dun
16-Peringkat Pendidikan
17-Jenis Institusi
18-Kategori
19-Nama Institusi
20-Tarikh Kemasukan
21-Muat Naik Dokumen
Tarikh permohonan dibuka:
📅 1 Julai 2025
📅 Tutup: 30 Julai 2025
Maklumat Penting
- Pemilihan akan dibuat berdasarkan tapisan kelayakan oleh pihak Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).
- Pelajar yang berjaya akan dihubungi terus oleh pihak YPJ untuk proses pengambilan laptop di lokasi yang akan dimaklumkan kemudian.
- Tawaran adalah terhad – mohon segera untuk elak ketinggalan!
Kenapa Bantuan Ini Penting?
Dalam dunia pendidikan moden hari ini, laptop bukan lagi satu kemewahan, tetapi keperluan utama bagi setiap pelajar. Ia memudahkan kerja tugasan, pembelajaran atas talian, serta capaian kepada pelbagai sumber ilmu.
Bantuan ini sekaligus dapat mengurangkan beban kewangan keluarga, khususnya yang berada dalam golongan berpendapatan rendah.
Buat pelajar anak Johor, ini adalah peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan. Jangan tunggu saat akhir, mohon sekarang dan pastikan anda memenuhi syarat yang ditetapkan.
Baca : Permohonan Skim Air Darul Ehsan