Cukai Jualan Dan Perkhidmatan Bermula 1 Julai 2025

Kongsikan Artikel Ini

Cukai Jualan Dan Perkhidmatan Bermula 1 Julai 2025

Bermula 1 Julai 2025, kerajaan Malaysia telah mengumumkan pengenaan semula Cukai Jualan (CJ) terhadap beberapa kategori barangan dan perkhidmatan, dengan kadar berbeza mengikut jenis. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menambah hasil negara tanpa membebankan keperluan asas rakyat.

Artikel ini akan membincangkan secara lengkap kadar cukai jualan yang dikenakan – 0%, 5%, 6%, 8%, dan 10%, serta senarai barangan dan pengecualian yang terlibat.

Senarai Barangan Dikenakan Cukai Jualan 5% dan 10% Bermula 1 Julai 2025

Barangan Berkadar 0% (Kekal Tanpa Cukai)

Cukai jualan pada kadar sifar (0%) kekal untuk barangan keperluan asas rakyat seperti:

Barang belum diproses:

  • Ayam, lembu, kambing
  • Tilapia, tongkol, udang, sotong
  • Sayur-sayuran & buah tempatan
  • Beras, barli, oat, gandum

Barang telah diproses:

  • Tepung
  • Sardin dalam tin
  • Gula, garam
  • Roti putih, pasta, mi segera
  • Susu, Milo, Vico, Nestum
  • Minyak masak
  • Ubat & peranti perubatan

Turut dikecualikan: Buku, jurnal, makanan ternakan, bahan binaan asas (simen, batu, pasir), baja & racun, jentera pertanian.

Barangan Berkadar 5%

Cukai 5% dikenakan kepada barangan mewah atau import terpilih. Antaranya:

Barangan kekal pada kadar 5%:

  • Abalone, lobster
  • Quinoa
  • Keju
  • Jem buah-buahan
  • Telefon pintar

Barangan naik ke kadar 5%:

  • King crab
  • Salmon, kod
  • Cendawan truffle
  • Strawberi import
  • Essential oil
  • Sutera
  • Jentera industri

Barangan Berkadar 10%

Kadar tertinggi cukai dikenakan kepada barangan mewah & tidak penting:

Kekal pada kadar 10%:

  • Kaviar
  • Sirip ikan yu
  • Minuman beralkohol
  • Rokok, cerut
  • Barangan kulit

Dinaikkan ke kadar 10%:

  • Sisa skrap tungsten
  • Basikal lumba
  • Lukisan tangan antik

Barangan Berkadar 6% – Perkhidmatan Pembinaan & Pendidikan Swasta

Dikenakan cukai:

  • Syarikat pembinaan hasil > RM1.5 juta/tahun
  • Sekolah swasta (caj > RM60,000/tahun)
  • Institusi pengajian tinggi untuk pelajar antarabangsa

Tidak dikenakan cukai:

  • Projek kediaman
  • Pendidikan awam & IPTA
  • Pelajar Malaysia

Pengecualian:

  • Transaksi B2B (elak cukai berganda)
  • Kontrak sedia ada (tangguh 12 bulan)
  • OKU warganegara Malaysia

Barangan Berkadar 8% – Perkhidmatan Kewangan

Dikenakan cukai:

  • Servis yuran atau komisen (cth: proses pinjaman)
  • Perkhidmatan eksport kewangan
  • Caj denda

Tidak dikenakan cukai:

  • Faedah pembiayaan syariah
  • Pertukaran mata wang
  • Insurans/takaful
  • Caj kad kredit
  • Akaun simpanan, semasa

Pengecualian:

  • Transaksi syariah
  • Bursa Malaysia & Labuan

Servis Penyewaan dan Pajakan – Dikenakan Jika Melebihi RM500,000

Servis penyewaan dan pajakan hanya dikenakan cukai sekiranya syarikat mencatat hasil lebih RM500,000 setahun. Namun, sewaan kediaman, bahan bacaan dan aset luar negara dikecualikan daripada cukai.

Baca Juga : Bantuan Laptop Johor

Siapa yang Dikecualikan?

  • PKS & mikro
  • Kontrak lama (diberi pengecualian 12 bulan)
  • Pemegang kad OKU (pendidikan swasta)
  • Transaksi antara perniagaan (B2B)

Penutup

Pengenaan cukai jualan baharu ini akan memberi kesan kepada sesetengah barangan dan perkhidmatan, terutamanya yang berasaskan kemewahan dan bukan keperluan asas. Rakyat dinasihatkan untuk peka terhadap perubahan ini bagi merancang perbelanjaan dengan lebih bijak.

Sumber : Harian Metro

Leave a Comment