Sumbangan Keperluan Asas Sarawak
Premier Abang Johari Openg telah mengumumkan sumbangan keperluan asas sarawak Ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ini adalah inisiatif kerajaan negeri sarawak untuk meringankan beban rakyat negeri berpendapatan rendah dalam kenaikan kos sara hidup masa kini.
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)
Satu bantuan kewangan dari kerajaan negeri sarawak untuk rakyat sarawak yang tinggal di sarawak yang isi rumah berpendapatan bawah RM5,000 akan menerima RM800 setahun.
Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 dan ke bawah pula akan menerima bantuan RM400, manakala orang bujang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM250.
Kerajaan negeri Sarawak akan memperuntukkan RM450 juta pada tahun depan yang memberi manfaat tidak kurang daripada 850,000 penerima. Kebanyakan penerima SKAS juga akan menerima sumbangan kewangan bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Syarat Kelayakan SKAS
Penerima yang layak adalah rakyat sarawak yang tinggal di sarawak dan mematuhi syarat-syarat di bawah :
- Rakyat sarawak yang pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM800
- Warga emas di sarawak tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM400
- Bujang di sarawak berpendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM250
- Bantuan ini akan membantu mereka membeli bahan makanan asas seperti beras, tepung dan minyak masak.
Jumlah Bayaran SKAS
| Isi Rumah Bawah RM5,000 | RM800 Setahun |
| Warga Emas Tanpa Pasangan & Anak Bawah RM5,000 | RM400 Setahun |
| Bujang | Rm250 Setahun |
Cara Memohon SKAS
Cara memohon bantuan khas ini akan di kemas kini di website iportal.my dari semasa ke semasa. Pemohon harus sentiasa menanti info terkini.
Tarikh Bayaran SKAS
Akan Di Kemaskini dari masa ke semasa. Tarikh buka permohonan belum di tentukan.
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat Lanjut Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)
Untuk mendapatkan info terkini mengenai bantuan ini, sila rujuk saluran berikut:
Facebook TVS atau Tiktok TVS
Laman web rasmi https://www.tvsarawak.my/
Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak – UKAS
Sarawak Awareness Group