Permohonan UPU Online 2025
Permohonan UPU Online 2025 ke program asasi, sijil, diploma dan Ijazah Sarjana Muda mula di buka pada 10 Februari hingga 14 Mac, bagi permohonan Fasa Pertama dan dari 14 April hingga 18 Mei bagi Fasa Kedua.
Juga dibuka bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 106 Kolej Komuniti dan dua institusi MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).
350 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan SPM dan 1,131 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan STPM atau setaraf oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA BPT seluruh negara
Tarikh Permohonan UPU Online 2025
Fasa 1 :
10 Februari 2025 Hingga 14 Mac 2025
Fasa 2 :
!4 April 2025 Hingga 18 Mei 2025
Hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan atau tanpa ujian, dibuka bagi Fasa Kedua.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
- Lepasan SPM/Setaraf
- Memiliki keputusan SPM yang memenuhi syarat am universiti dan syarat khas program.
- Mesti lulus mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu dan Sejarah.
- Lepasan STPM/Setaraf
- Mempunyai sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan lulus dalam tiga mata pelajaran utama.
- Pelajar Matrikulasi, Asasi, dan Diploma mesti memenuhi syarat yang ditetapkan oleh universiti.
- Pemohon Dengan Kelayakan Antarabangsa
- Pemegang sijil seperti A-Level, International Baccalaureate (IB), atau kelayakan lain yang diiktiraf.
Cara Membuat Permohonan
3 Kaedah Pembelian Pin UPU Online
1- Melalui Kaunter BSN
2- Melalui Mesin ATM BSN
3-Menerusi Perbankan Internet
Harga No Pin : RM10.60
KAEDAH 1
- Pemohon boleh datang sendiri ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa kad pengenalan diri / My Kad dan wang untuk membuat pembayaran.
- Salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon perlu dikemukakan semasa pembelian Pin Unik ID UPU.
KAEDAH 2
- Masukkan Kad ATM dan Nombor PIN
- Pilih Urusan: “Beli Pin”
- Pilih Jenis Permohonan: “IPTA”.
- Pilih jenis program Contohnya “SPM” ataupun “STPM” atau lain-lain
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan Diri / My Kad pemohon. “YA” untuk meneruskan urusan
- Semak Maklumat pembelian Pin unik ID UPU. Klik “SETUJU” untuk meneruskan urusan. “BATAL” untuk membatalkan urusan.
- Resit dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan pada masa depan.
KAEDAH 3
Pemohon hendaklah mempunyai akaun BSN dan kad ATM BSN bagi mendaftar akaun perbankan internet myBSN. Setelah mendaftar, pemohon boleh membeli nombor PIN di bahagian perkhidmatan yang disediakan seperti berikut:
- Log masuk ke dalam akaun myBSN online banking.
- Klik “Pin Purchase”.
- Pilih Organization “UPU”.
- Pilih Program “Lepasan SPM” atau “Lepasan STPM/setaraf”.
- Isikan maklumat seterusnya dengan lengkap.
SEMAKAN RAYUAN UPU ONLINE
Bagi pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan pertama, KPT akan membuka fasa rayuan. Rayuan ini hanya dibuka untuk program yang masih mempunyai kekosongan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan UPU ONLINE 2025, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Hotline : +603 8684 2363
- E-mel : upu@mohe.gov.my