Rumah Bantuan Kerajaan Kelantan : Rumah Mampu Milik Kelantan
Tahukah anda kerajaan negeri kelantan ada menyediakan rumah bantuan kerajaan kelantan iaitu rumah mampu milik kelantan (RMMK). Ini adalah keperihatinan kerajaan negeri kelantan yang mahu membantu rakyat kelantan mendapatkan rumah untuk keluarga masing-masing.
Permohonan Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) kini dibuka secara atas talian.
Syarat-Syarat Permohonan Rumah Bantuan Kerajaan Kelantan
Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon rumah mampu milik kelantan (RMMK)
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas (Anak Kelantan) dan telah berkahwin.
- Pemohon bujang (*bersyarat)
- Pemohon yang belum memiliki rumah sahaja layak memohon.
- Pendapatan isi rumah tidak kurang RM1000.00 dan tidak melebihi RM6500.00.
- Tempoh sah laku permohonan adalah 5 tahun.
- Setiap permohonan mestilah disertakan salinan kad pengenalan, surat nikah pemohon & pasangan, kad pengenalan @ surat beranak anak.
- Sila sertakan salinan slip gaji 3 bulan terkini pemohon & pasangan.
- Bagi bekerja sendiri / berniaga, sila sertakan Penyata Bank 6 bulan terkini dan pengesahan pendapatan pemohon & pasangan.
- Permohonan perlu juga disertakan laporan CCRIS terkini dan sebarang maklumat lanjut berkenaan laporan CCRIS boleh hubungi AKPK : 09-747 6968.
- *Bujang yang menanggung keluarga.
Sebelum membuat permohonan, pemohon di nasihatkan membaca Takrif Anak Kelantan Seperti di bawah :
- Seseorang yang lahir di Kelantan di mana Bapa adalah orang Melayu.
- Seseorang yang lahir di Kelantan, Ibunya adalah orang Melayu dan Bapanya beragama Islam.
- Seseorang yang lahir di mana-mana yang mana Bapanya seorang Melayu dan lahir di Kelantan.
- Seseorang yang lahir di mana-mana sahaja tetapi kedua Ibubapa-nya orang Melayu dan bermastautin sekurang-kurangnya 15 tahun di Kelantan.
- Seseorang yang lahir di negeri Kelantan dan Bapa-nya juga lahir di Kelantan.
Langkah-Langkah Memohon RMMK
Sila Layari Website https://eperumahan.kelantan.gov.my/
1- Semak No Kad Pengenalan
2- Daftar Pengguna
3- Log Masuk
4-Lengkapkan Borang Maklumat
5- Muat Naik Dokumen
6- Mohon Projek
Sila Rujuk Manual Permohonan Di Bawah :
manual_penggunaProjek RMMK Yang Di Tawarkan
| Nama Projek | Bilangan Unit | Jajahan | Status |
| RMMK Meranti | 59 | Pasir Mas | Di Buka |
| RMMK Badang | 334 | Kota Bharu | Di Buka |
Contoh Rumah RMMK Meranti
Rumah Teres Satu Tingkat
3 Bilik Tidur 2 Bilik
| Harga | RM85,000 | RM130,000 |
| Luas Tanah | 1302KPS | 1399KPS |
| Luas Rumah | 803 | 855KPS |
Contoh Rumah RMMK Badang
Blok A Kos Rendah telah di tutup
RM45,000
Rumah Aparment
3 Bilik Tidur 2 Bilik Air
Blok A Kos Sederhana 850 KPS RM130,000
Blok B Kos Sederhana Rendah 800 KPS RM85,000
Blok C Kos Rendah 750 KPS RM45,000
Peluang untuk anak kelantan yang masih belum memiliki rumah, ini tawaran menarik untuk anda
Setakat ini PMBK Development sedang membina dan merancang untuk menyiapkan projek berikut:-
1) RMMK Bunut Susu @ sebanyak 114 unit
3) Projek RMMK seluas 9 ekar di Meranti
4) Projek RMMK di Tanah Puteh @ 3 Fasa sebanyak 400 unit
5) RMMK di Berangan Mek Nab sebanyak 312 unit
6) Projek di Mukim Kadok atas tanah 9 Ekar sebanyak 100 unit
7) Projek Rumah Berbilang Tingkat di Mukim Padang Enggang @ sebanyak 700 unit
Baca Juga : Permohonan UPU Online 2025
Pertanyaan Lanjut
Bahagian Perumahan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Aras Bawah Blok 2, Kompleks Kota Darul Naim
15503 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-748 1957
Sambungan : 2034 / 2004 / 2007
Email : bhgpr[a]kelantan.gov.my