Kegunaan Khas AI untuk Pelajar dan Guru yang Ramai Belum Tahu

Kongsikan Artikel Ini

Kegunaan Khas AI untuk Pelajar dan Guru yang Ramai Belum Tahu

Dalam era digital hari ini, Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep futuristik. Ia telah menjadi alat harian yang mampu memudahkan pembelajaran, meningkatkan kreativiti, dan menjimatkan masa — bukan sahaja untuk pelajar, tetapi juga untuk guru.

Berikut ialah kegunaan khas AI yang sangat berguna dalam dunia pendidikan, termasuk beberapa yang mungkin anda belum pernah dengar!

Baca : Sekolah Terbaik SPM Kelantan 2025

Untuk PELAJAR

1. Pembelajaran & Penjelasan

• Khanmigo – Tutor AI dari Khan Academy, bantu faham Matematik, Sains & Bahasa.

• Socratic by Google – Ambil gambar soalan, AI bantu jawab & terangkan.

• Photomath – Ambil gambar soalan math, AI tunjuk jalan kira siap langkah.

• Quillionz – AI hasilkan kuiz dari nota, sesuai untuk ulangkaji.

2. Karangan & Penulisan

• Grammarly – Semak grammar & gaya penulisan.

• Quillbot – Parafrasa ayat & ringkaskan teks.

• Scribbr – Semak plagiarisme & bantu tulis esei akademik.

3. Nota & Ulangkaji

• ChatGPT – Tanya soalan bab Sains, Sejarah, apa saja. AI boleh terang.

• Notion AI – Buat nota ringkas, flashcard, to-do list ulangkaji.

• StudySmarter – AI bantu cipta nota, kuiz & flashcard dari buku teks.

Untuk GURU

  1. RPH & Aktiviti Kelas
  • Eduaide.AI – Buat RPH, kuiz, tugasan, rubrik & aktiviti interaktif.
  • LessonPlans.ai – Hasilkan pelan pengajaran ikut tahap pelajar.
  • MagicSchool.ai – 50+ tools AI untuk guru! (surat ibu bapa, worksheet, dsb.)

2. Kuiz & Penilaian

• Quizizz AI – Bina kuiz automatik ikut topik.

• Formative – Ujian & tugasan boleh dinilai automatik.

• Curipod – Buat pembentangan interaktif ikut objektif pelajaran.

3. Komunikasi & Urus Bilik Darjah

• TeachMateAI – Cipta surat rasmi, laporan murid & mesej ibu bapa.

• Tactiq – AI ambil nota masa meeting Google Meet/Zoom.

• SlidesAI – Tukar teks kepada presentation PowerPoint automatik.

AI bukan sekadar alat, tetapi rakan pembantu pendidikan yang boleh meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran. Yang penting, pelajar dan guru harus bijak guna dengan etika, bukan bergantung 100%.

Gunakan AI sebagai pelengkap, bukan pengganti usaha anda. Masa depan pendidikan? Sudah pun bermula hari ini.

Sumber : Wan Muhd Ali

Related posts:

Leave a Comment