Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2025: Rasmi JAKIM

Kongsikan Artikel Ini

Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2025: Rasmi JAKIM

Peperiksaan UPKK 2025 kini menjelang tiba! Jadual waktu peperiksaan UPPK 2025 telah di umumkan secara rasmi. Bagi ibu bapa dan pelajar Tahun 5 KAFA, ini adalah masa penting untuk menyusun strategi ulang kaji. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan jadual rasmi peperiksaan UPKK dan IKP 2025. Pastikan anda menyemak tarikh dan masa dengan teliti.

Baca : Bantuan Sara RM100

Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2025

UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) & ITHBAT KAFA PRATAHFIZ (IKP) TAHUN 2025

TARIKH/HARIWAKTUKOD KERTASMATA PELAJARANTEMPOH MASA
18 hingga 21 Ogos 2025Waktu PersekolahanIKP 01Hifz Al-Quran4 Hari
7 April hingga 12 September 2025Waktu PersekolahanUPKK 08Penghayatan Cara Hidup Islam100 Hari
UPKK 09Amali Solat
22 September hingga 17 Oktober 2025Waktu PersekolahanUPKK 01Al-Quran20 Hari
17 November 2025 (Isnin)2.30 – 3.45 PetangUPKK 02Akidah1 jam 15 minit
4.15 – 5.30 PetangUPKK 04Adab1 jam 15 minit
18 November 2025 (Selasa)2.30 – 3.45 PetangUPKK 07Ibadah1 jam 15 minit
4.15 – 5.30 PetangUPKK 05Jawi dan Khat1 jam 15 minit
19 November 2025 (Rabu)3.00 Petang – 4.15 PetangUPKK 03Sirah1 jam 15 minit
20 November 2025 (Khamis)3.00 Petang – 4.15 PetangUPKK 06Bahasa Arab1 jam 1

Tips Hadapi UPKK Dengan Yakin

  • Buat jadual ulang kaji — Fokus pada topik-topik utama dan buat latihan soalan lepas.
  • Amali di rumah — Praktikkan solat dan bacaan al-Quran bersama ibu bapa.
  • Tidur cukup & jaga kesihatan — Pastikan anak cukup rehat dan makan dengan baik.
  • Baca doa sebelum belajar & exam — Amalan ini mampu menenangkan jiwa pelajar.

Pesanan Penting dari JAKIM

“JAKIM berhak membuat pindaan jadual peperiksaan sekiranya perlu mengikut manual UPKK yang sedang berkuat kuasa.”

Oleh itu, semak dari semasa ke semasa di laman rasmi JAKIM atau rujuk guru KAFA untuk sebarang perubahan jadual.

Doa Mudahkan Urusan Anak

اللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلًا
“Ya Allah, tiada yang mudah melainkan Engkau jadikannya mudah…”

Penutup

UPKK bukan sekadar ujian akademik, ia adalah latihan kehidupan. Ibu bapa dan guru memainkan peranan besar dalam mempersiapkan anak-anak menghadapi peperiksaan ini dengan tenang dan yakin. Simpan Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2025 ini sebaiknya.

Terus ikuti iportal.my untuk info pendidikan terkini dan panduan berguna buat anak-anak anda.

Rujukan : JAKIM

Leave a Comment