Program Pra Diploma UiTM: Peluang Kedua Untuk Kejayaan Besar

Kongsikan Artikel Ini

Program Pra Diploma UiTM: Peluang Kedua Untuk Kejayaan Besar

Bagi lepasan SPM yang sedang mencari peluang pendidikan yang lebih luas, Universiti Teknologi MARA (UiTM) sekali lagi membuka pintu harapan melalui Program Pra Diploma Sesi 1 2025/2026 yang akan bermula pada Oktober 2025.

Program ini dibuka kepada lepasan SPM 2024 dan lima tahun ke belakang, menjadikannya peluang terbaik untuk mereka yang ingin kembali menyambung pengajian tanpa mengira tahun tamat SPM.

Permohonan Dibuka 26 April 2025 Hingga 11 Julai 2025

Permohonan boleh dibuat secara percuma tanpa perlu membeli No Pin. Calon hanya perlu mengisi borang dan menghantar dokumen yang diperlukan. Ini sangat membantu terutama kepada mereka yang mempunyai kekangan kewangan.

Maklumat pengambilan pelajar yang berjaya akan diumumkan pada 23 Julai 2025 melalui laman rasmi pengambilan.uitm.edu.my.

Antara Program Pra Diploma Yang Ditawarkan:

Pra Diploma Perdagangan
Fakulti Pengurusan & Perniagaan (BA002 | BA003)

Pra Diploma Sains
Fakulti Sains Gunaan (AS007 | AS002)

Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera)
Fakulti Sains Gunaan (AS002 | AS003)

Pra Diploma Agroteknologi
Fakulti Perladangan & Agroteknologi (AT001 | AT002)

Pra Diploma Pengajian Islam
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (IC001 | IC002)

Kelebihan Menyertai Program Pra Diploma UiTM

🌟 Yuran Pengajian PERCUMA kepada yang layak
🌟 Elaun Sara Hidup turut diberikan kepada pelajar yang layak
🌟 Peluang Menyambung Pengajian ke lebih 81 Program Diploma di UiTM
🌟 Sokongan Akademik dan Bimbingan Khas untuk memastikan pelajar bersedia melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.

Program ini bukan sekadar “peluang kedua”, tetapi batu loncatan untuk membina masa depan yang lebih cerah, dengan sokongan penuh dari tenaga pengajar berpengalaman.

Cara Permohonan Mudah

  1. Permohonan No Pin PERCUMA
  2. Pengisian Borang Permohonan di online.uitm.edu.my/pra
  3. Penghantaran Dokumen melalui sistem e-upload.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
📞 03-5544 3178 | 3193 | 3191
📧 penerapan.diploma@uitm.edu.my

Baca : Program Khas Jpa Mara

Leave a Comment