Permohonan Prasekolah 2025/2026
Permohonan kemasukan prasekolah ke kementerian pendidikan sesi 2026 telah di buka. Ibu bapa Penjaga boleh membuat permohonan secara online di sistem prasekolah KPM.

Apa Itu Prasekolah
Pendidikan prasekolah di Malaysia adalah satu bentuk program pendidikan yang dibangunkan khas untuk kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun.
Program pendidikan ini direka bagi mendedahkan kanak-kanak kepada suasana pembelajaran di sekolah sebelum mereka memasuki alam persekolahan secara rasmi.
Syarat Kemasukan
Berikut adalah syarat kemasukan ke prasekolah sesi 2025/2026
- Kanak-kanak warganegara Malaysia.
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2020 hingga 15 Januari 2022 sahaja.
Fungsi Sistem Eprasekolah
Ibu bapa Penjaga boleh mengakses maklumat penting seperti :
1-Permohonan Pra Sekolah KPM
- borang permohonan
- kemaskini dan semak
- rayuan permohonan
2-Kemaskini maklumat pengguna
3-Maklumat institusi prasekolah
4-Semak status pendaftaran
Tarikh Permohonan Eprasekolah Sesi 2025/2026
Permohonan eprasekolah KPM bagi sesi 2025/2026 di buka mulai 1 Mac 2025 sehingga 30 April 2025.
Kaedah Permohonan Prasekolah 2025/2026
1- Secara dalam talian iaitu dengan layari laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my/
2-Kaedah mendaftar secara manual dengan menghantar borang ke sekolah yang di mohon
Cara Daftar Prasekolah 2025/2026
1-Layari laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my/
2-Daftar pertama kali
Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar. Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif.
3-Isi maklumat yang di minta.
Nama, no ic, no telefon, kata laluan, emel, soalan keselamatan dan jawapan.
Semak Status Permohonan
1- Secara dalam talian mulai 5 Ogos 2025
2-Secara manual melalui sekolah yang di mohon
Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat pada tarikh yang akan dimaklumkan.
Pertanyaan Lanjut
Sila ajukan pertanyaan terus kepada prasekolah tersebut secara manual, telefon atau sila kemukakan melalui email kepada eprasekolah@moe.gov.my
Sila rujuk media sosial Kementerian Pendidikan Malaysia
Baca Artikel : Jadual Waktu Berbuka Puasa 2025