Permohonan Kolej Profesional MARA 2024
Berminat melanjutkan pelajaran di kolej professional mara? Kpm permohonan online bagi lepas SPM yang ingin menyambung pelajaran kolej professional mara telah membuka permohonan ke kolej professional mara sessi 3 2024/2025.
Untuk makluman, pengambilan pelajar di buat 3 kali setahun iaitu Mac, Jun dan November.
Permohonan Kolej Professional Mara
Tarikh buka permohonan adalah 26 September 2024. Tarikh tutup permohonan ialah pada 16 Oktober 2024 pada jam 11:59 malam. Sebarang permohonan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Program Di Tawarkan
- Program Diploma
- Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP)
KRITERIA PEMILIHAN
1-Memenuhi Syarat Am kemasukan ke program Asasi Kolej MARA adalah seperti berikut:
-Warganegara Malaysia
-Berstatus Bumiputera bagi pemohon DAN ibu ATAU bapa; dan
2-Berumur 18 tahun pada tahun 2024 bagi permohonan ke Kolej MARA (calon SPM tahun semasa sahaja)
-Berumur 18 tahun sehingga 35 tahun bagi permohonan ke Kolej Profesional MARA
3- MARA juga mempertimbangkan calon-calon yang memenuhi kriteria berikut:
-Ibu / bapa tidak disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak MARA;
-Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
4– Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah;
5– Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan
bertauliah;
6– MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad
-Sekiranya calon didapati memberikan maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pengajian.
MEKANISME PENGAJIAN
Kolej Profesional MARA
Calon-calon yang berjaya ditawarkan pengajian program diploma KPM adalah tertakluk kepada terma perjanjian MARA seperti berikut:
-Medium Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang digunakan bagi pengajian diploma KPM ini adalah Bahasa Inggeris.
-Mod pengajian bagi program diploma KPM adalah dilaksanakan secara sepenuh
-Yuran Pengajian ditanggung sepenuhnya oleh pihak
-Kemudahan asrama disediakan tertakluk kepada kekosongan. Keutamaan diberikan kepada pelajar semester 1
-Pemberian Elaun Sara Hidup (ESH) yang diberi sepanjang tempoh pengajian
-Pelajar yang Berhenti atau Ditamatkan Pengajian perlu membayar semula kemudahan ESH bergantung kepada jumlah ESH yang diterima sepanjang pengajian
CARA MEMOHON KPM
1-Pemohon perlu layari Portal UPIM di pautan >>> https://hi-edu.my/
2-Sistem Pengambilan UPIM – SPUPIM (UPIMOnline)
Pada Laman Log Masuk UPIMOnline, Pemohon memasukkan maklumat seperti berikut:
-Pemohon perlu Daftar Pengguna Baru sebelum memulakan permohonan.
-Daftar Pengguna Baru UPIMOnline
Pada ruangan Daftar Pengguna Baru, pemohon WAJIB mengisi semua maklumat seperti
berikut:
No. Kad Pengenalan / MyKad
Alamat Emel
Pengesahan Kata Laluan
Kod Keselamatan
3-Laman Utama UPIMOnline
a. Setelah berjaya Log Masuk, Pemohon akan ditujukan kepada paparan antara muka
Laman Utama UPIMOnline.
b. Pemohon dikehendaki klik pada butang PERMOHONAN untuk membuat permohonan
kemasukan ke program yang ditawarkan di KPM dan KM.
4-FUNGSI PERMOHONAN:
MAKLUMAT PERIBADI, MAKLUMAT BAPA, MAKLUMAT IBU DAN PENJAGA
Pada ruangan Peribadi, pemohon WAJIB (*) mengisi semua maklumat
Bapa yang dimaksudkan ini adalah Bapa Kandung pemohon.
Ibu yang dimaksudkan ini adalah Ibu Kandung pemohon.
Penjaga yang dimaksudkan ini adalah selain daripada Ibu dan Bapa Kandung yang
menjaga pemohon. Contoh adalah seperti Ibu/Bapa Angkat, Ibu/Bapa Saudara dll.
AKADEMIK
KOKURIKULUM
PROGRAM
PERAKUAN
Hubungi
TINGKAT 12, BANGUNAN IBU PEJABAT MARA,
21, JALAN MARA, 50609 WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
03-26134074 / 4075 / 4076 / 4077
upim.bpt@mara.gov.my
@hiedumara