Program Dermasiswa B40 2025
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2024 untuk memohon penajaan di bawah Program Dermasiswa B40 bagi tahun 2025 (DB40).
Apa Itu Program Dermasiswa B40 2025
Penajaan berbentuk Dermasiswa kepada pelajar lepasan SPM Tahun 2024 dalam kalangan keluarga B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma di UA, Politeknik dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) terpilih.
Syarat Umum
i. Warganegara Malaysia;
ii. Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/berjangkit/penyakit yang memerlukan rawatan susulan;
iii. Ibu dan/atau bapa dan/atau pemohon tidak disenaraikan hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
iv. Menduduki peperiksaan SPM Tahun 2024 buat kali pertama;
v. Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki;
vi. Telah menerima tawaran pengajian;
vii. Pendapatan per kapita iaitu RM5,249.00 sebulan dan ke bawah;
viii. Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian yang sama.
Tarikh Permohonan Pengajian
- 10 FEB 2025 – 14 MAC 2025
- 14 APR 2025 – 15 JUN 2025
Bidang Pengajian DB40 2025
- Kejuruteraan dan Teknikal/ Teknologi
- Sains
- Sains Sosial/ Sastera
- Seni Bina
Syarat Khusus
UPU ONLINE (10 FEB 2025 – 14 MAC 2025)
1) Menduduki SPM 2024 buat kali pertama;
2) Mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu, Sejarah dan mana-mana tiga subjek lain; dan
3) Berjaya mendapat tawaran UPUOnline dan mendaftar di Universiti Awam (UA)/ Politeknik yang ditawarkan.
UP_TVET (14 APR 2025 – 15 JUN 2025)
1) Menduduki SPM 2024 buat kali pertama;
2) Mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan dan mana-mana satu subjek lain; dan
3) Berjaya mendapat tawaran UP_TVET dan mendaftar di Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang ditawarkan.
Cara Permohonan
| UPU ONLINE | UP_TVET |
| Klik Pautan https://upu.mohe.gov.my/ | Klik Pautan https://upu.mohe.gov.my/ |
Kesimpulan
Program Dermasiswa B40 (DB40) ini adalah inisiatif bagi membantu pelajar dari keluarga berpendapatan rendah mendapatkan pendidikan tinggi tanpa bebanan kewangan. Pastikan anda memohon sebelum tarikh tutup untuk merebut peluang ini!
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan serta maklumat lanjut boleh di-e-melkan kepada :
dermasiswa2025@jpa.gov.my
(sepanjang tempoh permohonan Sistem UPUOnline dan Sistem UP_TVET dibuka sahaja)
Baca Lain : Permohonan Prasekolah 2025/2026