Sukur 2025 : Program Sentuhan Kasih Rakyat

Kongsikan Artikel Ini

Sukur 2025 : Program Sentuhan Kasih Rakyat

Kerajaan Negeri Sabah Telah melancarkan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 atau Sukur 2025 pada 19 Februari 2025.

Ketahui lebih lanjut mengenai kelayakan dan semakan status program sentuhan kasih rakyat sabah.

Program Sentuhan Kasih Rakyat atau SYUKUR ini akan memberi manfaat kepada 100,000 penerima di seluruh negeri.

Program ini menyediakan bantuan tunai sebanyak RM300 setiap bulan kepada penerima yang layak sehingga 31 Disember 2025.

Pengenalan SUKUR 2025

Program ini adalah selaras dengan pengumuman pembentangan Belanjawan 2025 Negeri Sabah yang telah disampaikan oleh Menteri Kewangan dalam Dewan Undangan Negeri Sabah yang lalu mengenai inisiatif pembasmian kemiskinan dengan pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat iaitu pemberian bantuan tunai khas RM 300 setiap bulan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini bagi tempoh satu (1) tahun sehingga 31 Disember 2025.

Syarat Kelayakan

Mereka Yang Layak Terima Bantuan

Golongan yang layak menerima Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 adalah seperti yang berikut;

1. Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’.

2. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024; dan

3. Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK)*.

4. Ketua Isi Rumah (KIR) kategori miskin (seorang penerima sahaja); atau

5. Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak bagi kategori miskin tegar; atau

6. Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima di para (e) masih di bawah paras kemiskinan tegar.

Fasa Bantuan

Fasa satu : Januari-Mac 2025, diagihkan bermula Februari

Fasa kedua : April – Jun 2025, diagihkan bermula April

Fasa ketiga : Julai – September 2025 diagihkan bermula September 2025

Fasa keempat : Oktober – Disember 2025 diagihkan pada Oktober 2025.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Isi Rumah miskin bagi Negeri Sabah ialah isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM 2,742 dengan nilai per kapita RM 671 setiap individu. Manakala miskin tegar pula didefinisikan sebagai isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM1,218.00 dengan nilai per kapita RM288 setiap individu.

Jumlah Bantuan SUKUR 2025

Jumlah bantuan yang di berikan adalah RM300 setiap bulan atau RM900 setiap fasa atau RM3600 setiap tahun.

Baca Juga : Jadual Waktu Berbuka Puasa 2025

SEMAKAN STATUS

Semakan Status Boleh Di Buat Di Laman

Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025

1- Masukkan Nombor MyKad*

2- Tekan Butang Semak

Penerima bagi program ini membabitkan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih setakat 31 Disember tahun lalu.

Rujuk Juga FAQ Bantuan RM300 Sabah seperti lampiran di bawah :

Klik gambar untuk lebih jelas.

faq

Leave a Comment