Semak Saman Polis
Ada beberapa cara untuk orang ramai semak saman polis. Berikut kami kongsikan cara-cara untuk cek saman polis bagi memudahkan pembaca sekalian.
Semak Saman Melalui SMS
Semakan Biasa
Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu taip
POLIS SAMAN atau dan hantar ke 15888
Contoh : POLIS SAMAN AGM6088 dan hantar ke 15888
Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20
Semakan Terperinci
Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu taip
POLIS SAMAN dan hantar ke 15888
Contoh : POLIS SAMAN 860421382341 amatnor@gmail.com dan hantar ke 15888
Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20
Bayar Saman Secara Online
Cara bayar saman secara online melalui pautan yang disediakan di bawah :
MyBayar (Pembayaran Saman)
Pastikan anda membuat semakan di laman web MyBayar atau aplikasi MyBayar PDRM yang sah, kaunter trafik terdekat atau ATM Maybank sebelum berurusan. Jangan dedahkan sebarang maklumat perbankan dan OTP/TAC anda.
SEMAK SAMAN MELALUI KAUNTER TRAFIK
Semua Ibu Pejabat Polis Daerah
Kaunter Trafik COPS di JPJ yang terpilih :
JPJ :
Kuantan
Ipoh
Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Padang Jawa, Selangor
Terengganu
Kaunter Trafik COPS di UTC terpilih :
Kiosk PDRM Melaka
UTC : Ipoh,Sentul dan Kota Kinabalu
POS Malaysia :
Semua Kaunter POS Malaysia
Mesin ATM Maybank :
Semua Mesin ATM Maybank
SEMAK SAMAN ONLINE
Melalui Internet
Semakan boleh dibuat melalui portal-portal seperti berikut:-
Laman Interaktif Trafik PDRM : SEMAK SAMAN POLIS
Pendaftaran pengguna boleh di buat di semua Kaunter Trafik COPS Pejabat Trafik Daerah
Semakan saman tertakluk kepada individua yang mendaftar sahaja
Semua semakan saman tidak dikenakan sebarang caj oleh pihak PDRM
KADAR BAYARAN SAMAN
Pihak Kerajaan telah menyeragam dan menyelaras sistem pembayaran saman oleh PDRM, JPJ dan DBKL berdasarkan prinsip ‘The More You Delay’, ‘The More You Pay. Mekanisme penyeragaman kompaun ini adalah seperti berikut dan berkuatkuasa mulai 1 Julai 2013.
Semak kadar bayaran saman di pautan ini :
Apa-apa pun cuba semak dahulu sebelum membuat pembayaran saman PDRM.