“Penutupan Jalan Besar di KL Sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025 – Ini Yang Anda Perlu Tahu!”
Sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada 26 dan 27 Mei 2025, Kuala Lumpur bakal menyaksikan penutupan berperingkat enam lebuh raya dan 25 jalan utama di Lembah Klang. Langkah ini diambil bagi memastikan kelancaran pergerakan delegasi antarabangsa serta menjamin keselamatan sepanjang acara berlangsung.
Senarai Lebuh Raya dan Jalan Utama Terlibat
Lebuh Raya:
- Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
- Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
- Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE)
- Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
- Lebuhraya Maju Expressway (MEX)
- Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban
Jalan Utama:
- Lebuh KLIA
- Lingkaran Putrajaya
- Jalan Istana
- Jalan Damansara
- Jalan Tun Razak
- Jalan Ampang
- Jalan Sultan Ismail
- Jalan Bukit Bintang
- Jalan Imbi
- Jalan Parlimen
- Jalan Kuching
Penutupan ini turut melibatkan persimpangan utama sekitar KLCC seperti Jalan P. Ramlee, Jalan Pinang, dan Jalan Kia Peng.
Penutupan Jalan Besar di KL
Penutupan jalan dan lencongan akan dilaksanakan secara berperingkat dari 23 hingga 28 Mei 2025, antara jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari. Sesi raptai penuh dijadualkan pada 21 dan 22 Mei 2025.
Nasihat PDRM kepada Pengguna Jalan Raya
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai untuk
- Merancang perjalanan lebih awal dan menyemak status trafik secara berkala.
- Mengelakkan meletakkan kenderaan secara haram; kenderaan yang menghalang laluan akan ditunda tanpa notis.
- Mematuhi arahan anggota polis trafik di lokasi.
- Menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps untuk mendapatkan maklumat trafik waktu sebenar dan mencari laluan alternatif.
Tips Menghadapi Penutupan Jalan
- Gunakan Pengangkutan Awam: MRT, LRT, dan perkhidmatan e-hailing disarankan untuk mengelakkan kesesakan.
- Elakkan Waktu Puncak: Jika perlu memandu, cuba elakkan waktu puncak antara jam 6.30 pagi hingga 7.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 malam.
- Ikuti Saluran Rasmi: Dapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi PDRM dan media tempatan.
Sumber : Astro Awani