Lesen Motor Percuma 2025

Kongsikan Artikel Ini

Lesen Motor Percuma 2025

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia sedang melaksanakan Program MyLesen B2 Tahun 2025.

Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan untuk memperkasakan golongan B40 dalam mendapatkan Lesen Memandu Motorsikal Kelas B2 dengan tawaran pembiayaan yuran yang akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.

Tarikh tutup penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

Baca sini syarat-syarat permohonan lesen memandu percuma 2025 :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 Tahun dan Ke Atas
  • Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
  • Sihat Fizikal Dan Mental
  • Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu
  • Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM

TERMA DAN SYARAT PENDAFTARAN

  • Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
  • Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.
  • Sihat fizikal dan mental.
  • Peserta tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  • Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
  • Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali dan ujian.
  • Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  • Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  • Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  • Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  • Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

Lesen Motor Percuma 2025

Pendaftaran lesen B2 percuma adalah sangat mudah dan dalam talian sahaja. Pendaftaran boleh dibuat dengan mengikuti langkah di bawah:

  1. Layari laman web rasmi JPJ https://www.jpj.gov.my/ atau terus isi Google Form https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSek9MDK5_satgAfN283DSDZr-B8mqJ9xjob6peUumW8c9mRWg/closedform.
  2. Isi semua maklumat pada borang permohonan dengan betul.
  3. Sila sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti:
    • Kad pengenalan
    • Keputusan ujian saringan kesihatan
    • Gambar passport
  4. Bawa dokumen di atas ke pusat latihan memandu yang berdekatan untuk membuat praktikal
  5. Selesai.

Baca Artikel Lain : Bantuan Perkahwinan Kelantan RM1000

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di emel : mylesenb2@jpj.gov.my

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/ub25.pdf.

Related posts:

Leave a Comment