Ketua Polis Negara 2025: Datuk Seri Mohd Khalid Ismail
Pada 20 Jun 2025, negara menyaksikan pelantikan rasmi Datuk Seri Mohd Khalid Ismail sebagai Ketua Polis Negara 2025 (KPN) yang baharu. Dilahirkan di Manong, Perak pada 8 April 1965, beliau membawa pengalaman luas dalam bidang keselamatan dan risikan yang menjadi tulang belakang kepada kredibiliti dan kepimpinannya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilantik Ketua Polis Negara yang ke 15 menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang telah tamat perkhidmatan dari 2023 sehingga 2025.
Biodata Ketua Polis Negara 2025
PROFIL
- Pangkat: Inspektor Jeneral
- Tempat lahir: Manong, Perak
- Tarikh lahir: 8 April 1965
- Jawatan: Ketua Polis Negara
- Status: Berkahwin
- Tarikh sertai PDRM: 5 April 1987
Keluarga:
- Isteri: Datin Seri Hajah Munirah Che Rose
- Anak: 3 orang
Pendidikan:
- Diploma Pentadbiran Awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 1986
- Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2008
- Sarjana Comparative Laws di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2013
PENCAPAIAN
Karier:
- 1987 – 1999 : Cawangan Khas, Bukit Aman
- 2002 – 2004 : Cawangan Khas, Gombak
- 2008 – 2010 : DSP FCCC, Cawangan Khas, Bukit Aman
- 2010 – 2013 : Superintenden Ancaman Ekstremis Sosial, Cawangan Khas, Bukit Aman
- 2013 – 2014 : Superintenden Perlindungan Keselamatan, Cawangan Khas, Bukit Aman
- 2014 – 2018 : Police Attache Kedutaan Malaysia di London
- 2018 – 2021 : Ketua Cawangan Khas, Pahang
- 2021 – 2022 : Ketua Penolong Pengarah E2, Cawangan Khas, Bukit Aman
- 2022 – 2023 : Timbalan Pengarah I, Cawangan Khas, Bukit Aman
- 2023 – 2025 : Pengarah Cawangan Khas, Bukit Aman
- 2025 : Ketua Polis Negara
Anugerah:
- 2018 – Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP)
- 2018 – Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)
- 2019 – Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN)
- 2023 – Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP)
- 2023 – Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP)
- 2024 – Dato’ Pahlawan Taming Sari (DPTS)
Pengiktirafan ini jelas membuktikan sumbangan besar beliau terhadap negara dalam bidang keselamatan awam dan keselamatan negara.
Berikut adalah senarai lengkap Ketua Polis Negara Malaysia dari tahun 1958 hingga 2025:

- Tan Sri Sir Claude Fenne
(1958 – 1966) - Tun Mohamed Salleh Ismael
(1966 – 1973) - Tan Sri Abdul Rahman Hashim
(1973 – 1974) - Tun Mohd Hanif Omar
(1974 – 1994) - Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor
(1994 – 1999) - Tan Sri Norian Mai
(1999 – 2003) - Tan Sri Mohd Bakri Omar
(2003 – 2006) - Tan Sri Musa Hassan
(2006 – 2010) - Tan Sri Ismail Omar
(2010 – 2013) - Tan Sri Khalid Abu Bakar
(2013 – 2017) - Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
(2017 – 2019) - Tan Sri Abdul Hamid Bador
(2019 – 2021) - Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani
(2021 – 2023) - Tan Sri Razarudin Husain
(2023 – 2025) - Datuk Seri Mohd Khalid Ismail
(Berkuat kuasa: 23 Jun 2025)
Kredit Gambar : Berita RTM
Harapan Baharu Untuk PDRM
Pelantikan beliau sebagai Ketua Polis Negara membuka lembaran baharu kepada PDRM. Dengan pengalaman hampir empat dekad dalam perkhidmatan, rakyat menaruh harapan tinggi agar integriti, kecekapan dan kepercayaan terhadap pasukan polis akan terus ditingkatkan di bawah kepimpinannya.
Datuk Seri Mohd Khalid Ismail bukan sekadar pemimpin, tetapi simbol transformasi PDRM untuk terus relevan dan dihormati di mata dunia.
Baca : Ranking Universiti Malaysia Terbaik 2026