Bantuan SARA RM100: Siapa Layak & Cara Tebus Mulai 31 Ogos 2025
Bermula 31 Ogos 2025, kerajaan akan mengkreditkan RM100 secara one-off kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Bantuan ini diberikan bagi meringankan kos sara hidup rakyat dan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan terpilih di premis runcit yang mengambil bahagian.
Siapa Yang Layak?
- Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas
- Penerimaan adalah secara automatik, tidak perlu buat permohonan
Cara Guna Bantuan SARA RM100
- Dikreditkan terus ke MyKad
- Hanya perlu bawa MyKad ke kedai runcit / pasar raya yang terlibat
- Sah digunakan untuk barangan terpilih sahaja
Apa Yang Boleh Dibeli?
Lebih 90,000 jenis barangan daripada 14 kategori telah disenaraikan. Antaranya termasuk:
- Beras, telur, roti
- Produk kebersihan diri & rumah
- Ubat-ubatan asas
- Keperluan sekolah
Dimana Boleh Digunakan?
Bantuan ini boleh digunakan di lebih 4,100 premis runcit seluruh negara, antaranya:
- Mydin
- Giant
- Econsave
- Lotus’s
- 99 Speedmart
Senarai penuh kedai boleh disemak di portal rasmi 👉 https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
Peringatan Penting
- Tidak boleh pindah milik
- Baki yang tidak digunakan akan luput & diagih semula kepada golongan rentan
- Bantuan ini hanya sah sehingga 31 Disember 2025
Kesimpulan
Bantuan SARA RM100 ini adalah inisiatif kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia mempunyai akses kepada barangan asas dengan lebih mudah.
Jadi, pastikan anda guna MyKad anda mulai 31 Ogos 2025 sebelum tarikh akhir pada 31 Disember 2025.
Semak Senarai Kedai Di Sini :
https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
1-Masukkan Bandar Dan Negeri
2-Tekan Cari.
Baca : Semakan Keputusan SPMU 2025