Bantuan Anis 2025 : Bantuan Anak Istimewa Selangor

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan Anis 2025 : Bantuan Anak Istimewa Selangor

Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi membuktikan keprihatinannya terhadap golongan rentan melalui pelaksanaan program Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (Anis) 2025. Menerusi inisiatif ini, ibu bapa dan penjaga kepada anak-anak berkeperluan khas diberikan peluang untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi terapi, pendidikan khas, keperluan perubatan dan peralatan sokongan.

Bermula 7 April hingga 18 April 2025, permohonan atas talian boleh dibuat menerusi laman rasmi www.anisselangor.com/bantuananis. Pemohon yang berjaya perlu menghantar dokumen sokongan secara fizikal bermula 8 April hingga 2 Mei 2025 di Pusat Sokongan Pendidikan Awal AnIS atau Pusat Khidmat Masyarakat DUN berhampiran.

Bantuan Anis 2025

SYARAT & KELAYAKAN PERMOHONAN

✔ Ibu/Bapa/Penjaga adalah Pengundi Selangor (Warganegara Malaysia)
✔ Mempunyai kad OKU atau surat pengesahan diagnosis daripada Doktor Pakar Perubatan Keluarga
✔ Anak (penerima manfaat) adalah berumur 18 tahun ke bawah
✔ Penjaga merupakan ibu bapa angkat yang sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

✔ Salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga
✔ Salinan sijil kelahiran anak (penerima manfaat)
✔ Salinan perakuan anak angkat (jika berkaitan)
✔ Salinan kad OKU (jika ada) atau surat pengesahan diagnosis daripada Doktor Pakar Perubatan Keluarga (jika tidak mempunyai kad OKU)
✔ Dokumen sokongan mengikut kategori bantuan permohonan:

KATEGORI A (RM1,000)

  • Surat tawaran atau pengesahan belajar di pusat terapi
  • Sebut harga sesi pengajian/terapi di pusat terapi
  • Penyata akaun bank pusat terapi

KATEGORI B (RM1,200) & KATEGORI C (≥ RM5,000)

  • Surat preskripsi doktor berkenaan peralatan/barangan/ubatan yang dipohon (berserta spesifikasi khusus sekiranya ada)

Cara permohonan :

  1. Daftar secara atas talian (online) di
    www.anisselangor.com/bantuananis
  2. Cetak borang permohonan dan hantar bersama dokumen sokongan
    SECARA FIZIKAL
  3. Semak status permohonan di
    www.anisselangor.com/bantuananis
  4. Manfaat Bantuan Khas ANIS kepada pemohon yang berjaya

Tarikh Penting Bantuan ANIS 2025

  • Permohonan atas talian: 7 – 18 April 2025
  • Penghantaran dokumen sokongan: 8 April – 2 Mei 2025
  • Tarikh penyaluran bantuan: Bermula 25 Jun 2025

Jumlah Bantuan

Manfaat bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga.

Borang permohonan yang telah diisi hendaklah dicetak dan disertakan bersama dokumen sokongan ketika permohonan dihantar ke Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS atau Pusat Khidmat Masyarakat DUN yang berdekatan.

Pusat Sokongan Pendidikan Awal Anis
East Entrance, Lot G26, Tingkat G,
Bangunan IDCC, Jalan Pahat L 15/L,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor

Atau Pusat Khidmat Masyarakat/ Pejabat ADUN yang berdekatan

Baca : Lesen Memandu B2 Percuma

Program Bantuan Anis bukan sekadar bantuan kewangan – ia merupakan satu bentuk pengiktirafan dan sokongan kepada keluarga yang berusaha gigih membesarkan anak-anak istimewa.

Dengan peruntukan yang meningkat dan proses permohonan yang semakin tersusun, jelas terbukti Selangor serius dalam memastikan kesejahteraan setiap lapisan masyarakat tidak diabaikan.

Rujukan : Anis

Leave a Comment