Ranking Universiti Malaysia Terbaik Di Dunia 2026

Kongsikan Artikel Ini

Ranking Universiti Malaysia Terbaik Di Dunia 2026

Malaysia terus membuktikan kecemerlangan dalam bidang pendidikan tinggi apabila sebanyak 35 universiti tempatan berjaya menempatkan diri dalam senarai QS World University Rankings 2026. Penarafan ini dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS), badan penilai universiti berprestij yang diiktiraf di seluruh dunia.

Kejayaan ini membuktikan bahawa universiti-universiti di Malaysia bukan sahaja setanding di peringkat tempatan, malah mampu bersaing di peringkat antarabangsa dari segi kualiti akademik, penyelidikan dan reputasi majikan.

Senarai Penuh Ranking Universiti Malaysia Terbaik 2026

Gambar : Berita RTM

  1. Universiti Malaya (UM)Rank 58
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Rank 126
  3. Universiti Putra Malaysia (UPM)Rank 134
  4. Universiti Sains Malaysia (USM)Rank 134
  5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Rank 153
  6. Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)Rank 251
  7. Taylor’s UniversityRank 253
  8. UCSI UniversityRank 269
  9. Sunway UniversityRank 410
  10. Universiti Utara Malaysia (UUM)Rank 491
  11. INTI International UniversityRank 509
  12. Universiti Teknologi MARA (UiTM)Rank 542
  13. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)Rank 551
  14. Asia Pacific University (APU)Rank 597
  15. Management and Science University (MSU)Rank 597
  16. Universiti Malaysia Pahang (UMPSA)Rank 609
  17. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)Rank 613
  18. Lincoln University CollegeRank 638
  19. SEGi UniversityRank 731–740
  20. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)Rank 791–800
  21. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)Rank 801–850
  22. Multimedia University (MMU)Rank 851–900
  23. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)Rank 851–900
  24. University of CyberjayaRank 951–1000
  25. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)Rank 1001–1200
  26. Universiti Malaysia Sabah (UMS)Rank 1001–1200
  27. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)Rank 1001–1200
  28. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)Rank 1001–1200
  29. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)Rank 1201–1400
  30. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)Rank 1201–1400
  31. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)Rank 1201–1400
  32. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)Rank 1401+

Mengapa Ini Penting?

Penarafan ini bukan sekadar angka semata-mata. Ia mencerminkan daya saing universiti dalam enam indikator utama: reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah pelajar dan staf, rangkaian penyelidikan antarabangsa, sitasi per fakulti serta persekitaran pembelajaran.

Ranking tinggi mampu menarik lebih ramai pelajar antarabangsa, meningkatkan kerjasama penyelidikan, serta meyakinkan pelabur dan industri terhadap mutu pendidikan di Malaysia.

Baca : Awal Muharram 2025

Kesimpulan

Dengan peningkatan universiti Malaysia dalam ranking dunia, ini menjadi bukti bahawa negara kita mempunyai potensi besar dalam membina ekosistem pendidikan kelas pertama. Pihak universiti, kerajaan dan masyarakat perlu terus menyokong usaha memperkasa bidang pendidikan tinggi demi melahirkan generasi yang kompetitif dan berdaya saing di peringkat global.

📌 Sumber rasmi: QS World University Rankings 2026

Leave a Comment