Cara Daftar OSH-MADANI
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) mensasarkan 10,000 peserta bakal menerima latihan percuma program OSH-MADANI bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Ia adalah program menerusi inisiatif Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) itu bertujuan memastikan setiap pekerja, termasuk mereka dalam sektor mikro dan kecil, mempunyai akses kepada latihan keselamatan yang berkualiti.
Ia juga bertujuan melahirkan Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH-C) yang kompeten bagi memperkukuh pematuhan terhadap peraturan keselamatan dan memastikan kesejahteraan pekerja terus terjamin.
Syarat-syarat Penyertaan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 25 tahun dan tidak lebih dari 50 tahun
- Sekurang-kurangnya mempunyai 1 tahun pengalaman bekerja
- Tahap pekerjaan peserta:
- Tidak bekerja; atau
- Bekerja sendiri; atau
- Bekerja dengan majikan yang tidak mencarum HRD Corp; atau
- Bekerja dengan majikan di perusahaan kategori mikro dan kecil, definasi mikro dan kecil*:
| Kategori Mikro | Pendapatan Tahunan | Bilangan Pekerja |
| Pembuatan | Kurang Dari RM300,00 | Kurang Dari 5 Orang |
| Perkhidmatan | Kurang Dari RM300,00 | Kurang Dari 5 Orang |
| Lain-Lain | Kurang Dari RM300,00 | Kurang Dari 5 Orang |
| Kategori Kecil | Pendapatan Tahunan | Bilangan Pekerja |
| Pembuatan | RM300,000 hingga kurang daripada RM15 juta | 5 hingga kurang daripada 75 orang |
| Perkhidmatan | RM300,000 hingga kurang daripada RM3 juta | 5 hingga kurang daripada 30 orang |
| Lain-Lain | RM300,000 hingga kurang daripada RM3 juta | 5 hingga kurang daripada 30 orang |
Cara Daftar OSH-MADANI
1- Sila Layari Laman Web Berikut https://edaftar.niosh.net.my/oshcmadani
2- Pengesahan & Persetujuan. Klik Tandakan. Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya memahami dan bersetuju dengan Syarat Keperluan Penyertaan yang ditetapkan. Sila ambil perhatian bahawa NIOSH mungkin memerlukan Data Peribadi baharu daripada anda. Dengan mengemukakan Data Peribadi anda melalui borang ini, anda bersetuju bahawa data tersebut akan diproses mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) dan dasar privasi NIOSH.
3- Isi Maklumat No Kad Pengenalan IC.
4- Isi Nama, No Telefon, Tarikh Lahir, Jantina, Emel, Warganegara, Kaum, Agama, Status Perkahwinan, Alamat, Taraf Pekerjaan, Nama Majikan, Pilihan Lokasi Latihan.
5- Sila semak butiran borang anda sebelum klik butang HANTAR.
Lain-lain rujukan sila klik link https://edaftar.niosh.net.my/
Semua permohonan akan disemak dalam tempoh tujuh hari bekerja.
Peserta yang layak akan dihubungi melalui SMS, WhatsApp atau panggilan telefon untuk pemilihan lokasi dan tarikh kursus
Baca : Permohonan Bantuan Maik Online
Pertanyaan Lanjut :
National Institute of Occupational Safety & Health (NIOSH)
Lot 1, Jalan 15/1, Section 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +603 8769 2100 / +603 8911 3800 | Fax: +603 8926 2900
Email: wecare[at]niosh.com.my
Education & Training Department & Regional Office
Fax: +603 8926 3900
Whatsapp : www.wasap.my/60132224966