STR Fasa 1 2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2025 akan disalurkan bermula RABU 22 JANUARI 2025.
Peruntukan STR untuk tahun 2025 kepada penerima yang berdaftar meningkat daripada tahun 2024 RM2.1 bilion kepada tahun 2025 RM2.3 bilion.
Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2025
Rabu 22 Januari 2025.
8.3 juta penerima terima STR Fasa 1 secara berperingkat menerusi akaun bank atau secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
SYARAT KELAYAKAN STR FASA 2025
- Syarat Utama :
- Warganegara Malaysia; dan
- Isi Rumah :
- Berkahwin (ada atau tiada anak);
- Ibu atau bapa tunggal (ada anak);
- Tiada had umur;
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 (B40) atau tidak melebihi RM5,000 (M40).
- Warga Emas :
- Bujang / balu / janda / duda (tiada tanggungan);
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan warga emas bawah RM5,000 sebulan.
- Bujang :
- Belum berkahwin;
- Balu / janda / duda (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun; atau
- Bujang OKU berumur 19 tahun dan ke atas;
- Pendapatan bujang bawah RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar sepenuh IPTA / IPTS.
STR & SARA
9 juta penerima terima manfaat STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2025.
atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa.
Kadar maksimum untuk isi rumah terima STR+SARA naik 25 peratus kepada RM4,600 tahun ini berbanding RM3,700 tahun lalu
Kadar minimum untuk golongan bujang naik 20 peratus kepada RM600
daripada RM500 tahun lalu
Pembayaran STR Fasa 1 2025 Mengikut Kategori
| Kategori Penerima | Jumlah Penerima | Kadar Bayaran STR Fasa 1 | Implikasi Kewangan (RM billion) |
| Isi Rumah (< RM2,500) | 2.8 juta | RM500 | 1.4 |
| Isi Rumah (RM2,501–RM5,000) | 1.0 juta | RM150–RM300 | 0.2 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | 1.3 juta | RM150 | 0.2 |
| Bujang | 3.2 juta | RM150 | 0.5 |
| Jumlah | 8.3 juta | – | RM 2.3 billion |
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR Hasil : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : str@mof.gov.my
Rujukan
FAQ SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR 2025
Artikel Lain : LESEN MOTOR PERCUMA 2025