Solat Sunat Aidilfitri : Panduan Lengkap JAKIM

Kongsikan Artikel Ini

Solat Sunat Aidilfitri : Panduan Lengkap JAKIM

Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu ibadah istimewa yang dilakukan oleh umat Islam pada pagi 1 Syawal bagi meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan.

Ibadah ini dianjurkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.

Berikut adalah panduan lengkap kaifiat solat sunat Aidilfitri berdasarkan sunnah Rasulullah SAW.

Solat raya pukul berapa? biasanya sekitar jam 8.30-9.30 pagi

Niat Solat

Niat memainkan peranan penting dalam memastikan solat yang didirikan sah dan diterima oleh Allah SWT. Lafaz niat bagi solat ini adalah seperti berikut:

كَنْتُ لِصَلَاةِ سُنَةِ عِيْدِ الفِطْرِ رَك\u065ْعَتَيْنِ إِماماً / مَأْمومًا لِلَّهِ تَعَالَى

Maksud: Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai imam/makmum kerana Allah SWT.

Tatacara Solat

Cara Mengerjakannya terdiri daripada dua rakaat dengan beberapa keunikan dalam pelaksanaannya.

Rakaat Pertama:

  1. Takbiratul ihram beserta niat solat sunat Aidilfitri.
  2. Membaca doa iftitah.
  3. Bertakbir sebanyak tujuh (7) kali, diselangi dengan lafaz tasbih sebanyak enam (6) kali:Subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illallah wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim.Maksud: Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
  4. Membaca surah Al-Fatihah.
  5. Membaca surah pilihan daripada Al-Quran (digalakkan membaca Surah Al-A’la).
  6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat Kedua:

  1. Mengangkat takbir sebanyak lima (5) kali, diselangi dengan lafaz tasbih sebanyak empat (4) kali.
  2. Membaca surah Al-Fatihah.
  3. Membaca surah pilihan daripada Al-Quran (digalakkan membaca Surah Al-Ghashiyah).
  4. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
  5. Memberi salam.

Amalan Sunat Aidilfitri

Selain menunaikan solat sunat, terdapat beberapa amalan sunat lain yang dianjurkan pada hari mulia ini:

  1. Mandi sunat – Bermula dari pertengahan malam dan sebaiknya dilakukan sebelum menunaikan solat Aidilfitri.
  2. Kemaskan diri – Mencukur bulu-bulu, mengemaskan janggut, dan memotong kuku.
  3. Pakai pakaian terbaik – Tidak semestinya baharu, tetapi hendaklah kemas dan bersih.
  4. Berwangi-wangian dan berhias – Menggunakan minyak wangi untuk menambah kesegaran.
  5. Hidupkan malam dengan ibadah – Berdoa, membaca Al-Quran, dan memperbanyakkan zikir pada malam 1 Syawal.
  6. Banyakkan takbir raya – Bermula dari terbenamnya matahari pada malam Aidilfitri sehingga sebelum solat Aidilfitri.
  7. Bersarapan sebelum solat Aidilfitri – Sunat menjamah makanan sebelum pergi ke masjid.
  8. Pergi dan pulang dari masjid menggunakan jalan berbeza – Menghidupkan sunnah Rasulullah SAW.
  9. Ucapan tahniah dan bermaafan – Saling mengucapkan selamat hari raya dan bermaafan antara satu sama lain.

Baca : Pakej Rebat Rahmah

Kesimpulan

Solat Sunat Hari Raya Puasa adalah satu amalan yang sangat dianjurkan dalam Islam sebagai tanda syukur atas nikmat Ramadan dan sebagai simbol kegembiraan dalam meraikan hari yang mulia ini.

Semoga dengan panduan ini, kita semua dapat menunaikan ibadah ini dengan penuh kesempurnaan serta memperoleh keberkatan dan keredhaan Allah SWT.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!

Sumber Rujukan : JAKIM

Leave a Comment