Permohonan Ijazah Politeknik 2025/26
Permohonan ke program Ijazah Sarjana Muda di Politeknik Malaysia bagi sesi akademik 2025/2026 kini dibuka! Bagi lulusan Diploma Politeknik dan Diploma Lanjutan yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, inilah peluang terbaik untuk merealisasikan impian anda.
Kenapa Pilih Ijazah Sarjana Muda di Politeknik?
Politeknik Malaysia menawarkan program ijazah yang menekankan aspek praktikal dan kemahiran industri, sejajar dengan keperluan pasaran kerja semasa. Dengan kerjasama rapat bersama sektor industri, graduan politeknik dilengkapi dengan pengetahuan teknikal dan pengalaman praktikal yang relevan, menjadikan mereka pilihan utama majikan.
Tarikh Penting Permohonan
- Tarikh Buka Permohonan: 4 Jun 2025 (jam 5.00 petang)
- Tarikh Tutup Permohonan: 4 Julai 2025
Permohonan boleh dilakukan melalui portal rasmi:
Syarat Kemasukan
- Lepasan Diploma / Diploma Lanjutan Politeknik
- Lepasan Diploma Kolej Komuniti
- Lepasan Diploma Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi daripada IPTA / IPTS
- Lepasan Program Asasi Teknologi Kejuruteraan
- Lepasan Program Asasi Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
- Lepasan Program Matrikulasi KPM
- Lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
- Pemilik Sijil Apel.A T-6
Program Di Tawarkan
Sebanyak 12 program Ijazah Sarjana Muda ditawarkan merangkumi pelbagai bidang seperti kejuruteraan, teknologi maklumat, perniagaan, dan hospitaliti. Program-program ini direka untuk memenuhi keperluan industri dan menyediakan graduan dengan kemahiran yang relevan.
- Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Media Baharu dengan Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti dengan Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam dengan Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik Perubatan dengan Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) dengan Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Marin dengan Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Senibina dengan Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Automotif) dengan Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian
2 program baharu diperkenalkan mulai sesi Akademik I 2025/2026
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Komputer dengan Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian
Cara Memohon
Untuk permohonan lepasan diploma/diploma lanjutan politeknik, permohonan di buka pada 4 Jun sehingga 4 Julai 2025
- Layari Portal Rasmi: Kunjungi laman web rasmi Politeknik Malaysia di ambilan.mypolycc.edu.my
- Isi Borang Permohonan: Lengkapkan eBorang ISM dengan maklumat peribadi dan akademik yang diperlukan.
- Muat Naik Dokumen Sokongan: Sediakan dan muat naik dokumen seperti salinan sijil diploma, transkrip akademik, dan dokumen lain yang berkaitan.
- Hantar Permohonan: Pastikan semua maklumat adalah tepat sebelum menghantar permohonan.
Untuk permohonan selain lepasan diploma/diploma lanjutan politeknik, permohonan di buka pada 11 Jun 5 Petang Sehingga 4 Julai 2025 jam 12 Tengahari. Isi Permohonan di eborang ISM MypolyCC
Program Ijazah Sarjana Muda Di Tawarkan Di :
- Politeknik Ungku Omar, Ipoh
- Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
- Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang
- Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang
Pendaftaran Pelajar Baru Sessi Akademik 2025/26 ialah 29 September 2025
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat tambahan, sila hubungi:
- Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik
- Tel: 03-8891 9240 / 9255 / 9256 / 9257 / 9258 / 9259 / 9263 / 9340
- Faks: 03-8891 9323
Jangan lepaskan peluang Permohonan Ijazah Politeknik 2025/26 untuk meningkatkan kelayakan akademik anda dan membuka lebih banyak peluang kerjaya di masa hadapan. Mohon sekarang dan jadilah sebahagian daripada komuniti Politeknik Malaysia yang cemerlang!
Baca : Doa Sempena Hari Arafah