Permohonan Baru STR 2025

Kongsikan Artikel Ini

Permohonan Baru STR 2025

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk meringankan beban kewangan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah. Program ini menawarkan bantuan tunai kepada isi rumah dan individu bujang yang layak, dengan jumlah bantuan yang berbeza mengikut kategori penerima.

Syarat Kelayakan Permohonan STR 2025

Untuk memohon STR 2025, pemohon mesti memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan. Kelayakan bergantung kepada kategori berikut:

  1. Isi Rumah
    • Berkahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda tanpa anak yang memenuhi syarat; dan
    • Umur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  3. Bujang
    • Bujang, Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda tanpa anak yang memenuhi syarat; dan
    • Umur antara 21-59 tahun (atau Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas); dan
    • Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan.

Nota: Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi, mereka hanya boleh dimasukkan sebagai tanggungan dalam permohonan isi rumah, dan tidak boleh memohon STR sebagai individu bujang.

Cara Membuat Permohonan Baru STR 2025

Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024 boleh membuat permohonan baharu STR 2025 sehingga 30 November 2024 bagi melayakkan anda menerima STR Fasa 1 bagi tahun 2025 nanti. Walau bagaimanapun, permohonan bagi fasa seterusnya masih dibuka sepanjang tahun.

Permohonan baharu atau proses kemaskini permohonan STR boleh dibuat mengikut kaedah berikut:

  1. Secara dalam talian di Portal SUMBANGAN TUNAI RAHMAH:
  2. Secara manual dengan mengemukakan borang permohonan ke pejabat LHDNM (Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia) yang terdekat.

Kadar Bayaran STR 2025 Mengikut Kategori

Mulai 2025, kerajaan telah meningkatkan kadar bayaran STR kepada setiap kategori penerima. Kadar bayaran ini adalah peningkatan tertinggi yang pernah diberikan sejak pelaksanaan program STR, memberikan manfaat yang lebih besar kepada penerima yang layak.

Berikut adalah kadar bayaran STR 2025 mengikut kategori:

  1. Isi Rumah dengan Pendapatan ≤ RM2,500
    • 0 anak: RM1,000
    • 1-2 anak: RM1,500
    • 3-4 anak: RM2,000
    • ≥5 anak: RM2,500
  2. Isi Rumah dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • 0 anak: RM500
    • 1-2 anak: RM750
    • 3-4 anak: RM1,000
    • ≥5 anak: RM1,250
  3. Warga Emas Tiada Pasangan dengan Pendapatan ≤ RM5,000
    • RM600
  4. Bujang (21-59 Tahun) dengan Pendapatan ≤ RM2,500
    • RM600

Nota: Tambahan SARA untuk Miskin & Miskin Tegar adalah RM100 / RM50 sebulan iaitu RM1,200 / RM600 setahun.

Kaedah Pembayaran STR 2025

Pembayaran STR 2025 boleh dilakukan melalui dua kaedah utama:

  1. Pengkreditan ke Akaun Bank
    • Pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank pemohon atau pasangan.
  2. Tuntutan di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Bagi yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntut di kaunter BSN dengan membawa MyKad.

Nota: Pemohon disarankan untuk mendaftar nombor akaun bank semasa permohonan untuk memudahkan proses pembayaran.

Baca : Format Terkini Surat Rasmi

Dokumen Yang Diperlukan untuk Permohonan STR 2025

Pemohon perlu menyediakan beberapa dokumen sokongan yang berkaitan semasa mengemukakan permohonan. Dokumen tersebut termasuk:

  • Sijil Perkahwinan, Sijil Kematian Pasangan, atau Sijil Perceraian (untuk isi rumah).
  • Kad OKU (untuk individu yang berstatus OKU).
  • Sijil Lahir Anak atau Sijil Daftar Anak Angkat (untuk anak yang layak).
  • MyKad (pemohon dan pasangan).

Dokumen sokongan ini boleh dimuat naik ke portal dalam talian semasa permohonan atau diserahkan secara manual ke pejabat LHDN.

Borang : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Borang/Borang%20Permohonan%20STR%202024.pdf

Nota: Untuk panduan bergambar dan maklumat lanjut, sila rujuk “Panduan Pengguna Permohonan Baharu STR 2025” yang boleh dimuat turun di https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/PanduanPenggunaSTR_PermohonanBaharu.pdf.

Leave a Comment