Kadar Zakat Fitrah 2025

Kongsikan Artikel Ini

Kadar Zakat Fitrah 2025

Tahukah anda kadar zakat fitrah 2025 mengikut negeri-negeri di Malaysia?

Zakat fitrah adalah kewajipan bagi setiap individu Muslim yang berkemampuan untuk menunaikannya pada bulan Ramadan sebelum solat sunat Aidilfitri.

Ia bertujuan membersihkan jiwa dan membantu golongan yang memerlukan. Di Malaysia, kadar zakat fitrah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing, dan ia mungkin berbeza mengikut jenis dan gred beras yang dimakan oleh penduduk.

Kadar Zakat Fitrah 2025

Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi setiap negeri di Malaysia untuk tahun 2025:

NegeriKadarLain-Lain
PerlisWajib/Minimum : RM9Tiada
KedahWajib/Minimum : RM7RM14
Pulau PinangWajib/Minimum : RM10RM7/RM15/RM25
Perak Wajib/Minimum : RM10RM16/RM27
SelangorWajib/Minimum : RM7RM15/RM22
Negeri SembilanWajib/Minimum : RM7.50Rm12/RM22
MelakaWajib/Minimum : RM7RM15/RM22
JohorWajib/Minimum : RM7RM12/RM20
PahangWajib/Minimum : RM7RM14/RM21
TerengganuWajib/Minimum : RM10RM21
KelantanWajib/Minimum : RM8RM14/RM21
Sabah Wajib/Minimum : RM7.50Tiada
SarawakWajib/Minimum : RM7.50Tiada
Wilayah PersekutuanWajib/Minimum : RM7RM15/RM22

Rujukan : Jabatan Wakaf & Haji

Nota: Kadar zakat fitrah ditentukan berdasarkan jenis dan gred beras yang dimakan oleh individu. Sebagai contoh, di Selangor, kadar RM7.00 adalah untuk pengguna beras super spesial tempatan 5%, RM15.00 untuk pengguna beras putih import, beras perang, beras pulut, herba ponni, dan beras wangi, manakala RM22.00 untuk pengguna beras basmati, beras Jepun, beras merah, dan setaraf.

Waktu-Waktu Membayar KADAR Zakat Fitrah

Harus

Masuknya 1 Ramadan sehingga berakhirnya bulan puasa.

Wajib

Pada hari akhir Ramadan ketika waktu senja atau terbenamnya matahari pada hari berkenaan.
“وَتَجِبُ زَكَاةُ الفِطْرِ بِشُرُوطِ إِدْرَاكِ غُرُوبِ الشَّمْسِ لَيْلَةَ العِيدِ”
Maksudnya: “Zakat fitrah diwajibkan dengan syarat melalui tenggelam matahari pada malam hari raya.”

Afdal

Waktu pagi hari raya sebelum solat sunat hari raya ditunaikan.

Makruh

Setelah selesai solat sunat hari raya.

Haram

Waktu setelah selesai terbenamnya matahari pada hari pertama Syawal atau setelah lupanya hari pertama Syawal.
Dinyatakan oleh Sheikh Zakaria al-Ansari dalam karangannya:
Maksudnya: “Haram melewatkan zakat selepas hari raya (Aidilfitri) tanpa sebarang keuzuran seperti kehilangan hartanya atau hilang penerima zakat kerana zakat bertujuan untuk memenuhi tuntutan mereka. Wajib bagi orang yang melewatkan zakat itu menggantikannya serta-merta.”

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Kesimpulan

Adalah penting bagi setiap individu Muslim untuk menunaikan zakat fitrah mengikut kadar yang ditetapkan oleh negeri masing-masing dan berdasarkan jenis beras yang dimakan. Pembayaran zakat fitrah boleh dilakukan melalui amil-amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam negeri atau melalui platform dalam talian yang disediakan.

Menunaikan zakat fitrah bukan sahaja memenuhi tuntutan agama, tetapi juga membantu golongan asnaf untuk menyambut Aidilfitri dengan lebih bermakna.

Baca Juga : Program Dermasiswa B40 2025

Leave a Comment